BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
AL-QURAN ADAB MEMBACA - ILYA ULUMIDDIN IMAM GHAZALI
Al Quran adalah tali Allah yang kuat dari nurNYA yang nyata, talinya yang kuat dan
perpegangan yang sempurna. Tidak habis-habis keajaibannya dan tidak akan
berkesudahan keganjilannya.
Berkata Shalil Al- Marri : Aka bermimpi membaca Al-Quran dihadapan Rasulullah
SAW, lalu beliau bersabda : Bagiku hai Shalib bacaaan ini, tetapi mana tangisnya?
Apabila kamu membaca kamu menangis dahulu atau menangislah hatinya.
• Paham akan keagungan dan ketinggian perkataan (Kalam Allah),
Hendaklah pembaca Al-Quran dengan lembut yang mana suatu sifat qadim
yang berdiri pada ZatNYA. Kalam Allah bahawa tiap-tiap huruf dari luh-
mahfudh.
• Maka seorang pembaca ketika memulia Al-Quran menghadirikan dalam
hatinya keagungan mutakallim apa yang dibacanya tidak dari perkataan
manusia.
• Kehadirian hati dan meninggalkan bisikan jiwa didalam Al-Quran
terdapatlah yang menyukakan hati, kalau yang membaca itu adalah ahli.
• Memperoleh penjelasan dari tiap-tiap ayat penyebutan sifat-sifat Allah
Azza WaJalla. Maka hendaklah diperhatikan erti nama-nama dan sifat-
sifat ini, supaya terbukalah segala rahsianya, pengertian yang tidak akan
terbuka kecuali bagi orang-orang yang mendapat taufiq!
• Maka barangsiapa mengenal kebenaran, niscaya melihat yang demikian
tiap-tiap sesuatu kerana tiap-tiap sesuatu itu, adalah daripadaNya,
kepadaNya, dengan DIA dan untuk DIA.
• Barangsiapa tiada melihat yang demikian pada tiap-tiap sesuatu yang
dilihatnya, makan seolah-olah ia tiada mengenal-NYA.
• Dan barangsiapa mengenal-NYA, niscaya mengenal bahawa tiap-tiap
sesuatu selain Allah itu batil dan tiap-tiap sesuatu itu binasa selain
wajahNYA.• Manusia tercegah daripada memahami pengertian Al-Quran kerana
beberapa sebab hijab oleh kerana setan pada hati mereka. Lalu menjadi
butalah mereka tentang segala keajaiban rahsia Al-Quran. Jikalau tidaklah
setan, niscaya boleh melihat alah malakut.
• Dan segala pengertian Al-Quran adalah sebahagian dari jumlah alam
malakut. Dan tiap-tiàp yang jauh dari pancaindra dan tidak diketahui selain
dengan pur al basirah adalah sebahagian daripada alam malakut.
• Perhatiannya tertuju kepada penyebutan huruf makhrajnya. Penjagaannya
ini dipengaruhi oleh setan yang ditugaskan kepada para pembaca Al-
Quran. Supaya sentiasa mengulang-ulang huruf, bilakah terbuka bagina
pengertian ?
• Membaca Al-Quran kepadanya dengan mata hati dan penyaksian batin.
Berkekalan diatas dosa kegelapan hati dan berkaratnya seperti najis diatas
kaca itulah hijab kebanyakkan orang kerana itulah tiada terbuka baginya
rahsia-rahsia kitab suci.
• Barangsiapa menafsir Al-Quran dengan buah fikirannya tersedialah
tempat duduknya dalam neraka.
• Al-Quran adalah obat, petunjuk, rahmat dan Nur bagi alam
keseluruhannya. Barangsiapa sampai kepadanya Al-Quran seolah-olah
Allah Taala telah berkalam dengan dia.
• Barang siapa menyangkal mengingati AKU, sudah tentu dia akan
memperoleh kehidupan yang sulit (sempit) dan kami kumpulkan dihari
Kiamat sebagai orang buta.
• Bertilawah Al-Quran yang sebenar-benarnya ialah mengkongsikan pada
lidah, akal dan hati.Bahagian lidah ialah membetulkan huruf dengan pen-
tartilam-an. Bahagian akal ialah penafsiran pengertianm bahagian hati
mengambil pengajaran dan membekas dengan mempertingatkan hati dan
menuruti perintah.
• Maka lidah itu bertertil, akal itu menterjemah dan hati itu mengambil
pengajaran. Pembaca seolah-olah mendengar Kalam dari Allah Azza wa
Jalla , tidak darinya sendiri. Seolah-olah ia membaca Al-Quran dihadapan
Allah Azza wa Jalla, berdiri dihadapanNYA dan dia memandang kepada
NYA dan mendengar daripadaNYA.• Mengaku dengan hatinya seolah-olah Allah Azza wa Jalla melihat dan
berbicara kepadanya dengan segala kelemah-lembutanNYA. Bermunajab
dengan DIA dengan segala kenikmatan dan ihsanNYA.
• Melihat pada Kalam itu, akan Mutakallim dan pada kata-kata itu akan sifat,
tidak memandang kepada dirinya kepada membacanya. Seolah-olah ia
tenggelam dengan memandang (musyahadah) mutakallim, tanpa yang
lain. Sesungguhnya telah menampak tajalli Allah Azza wa Jalla bagi
makhlukNYA pada KalamNYA.
• Orang yang tidak melihat Allah Taala pada tiap-tiap sesuatu, tentu melihat
lainNYA dan tiap apa saja yang dipandang oleh hamba kepadanya selain
Allah Taala niscaya padanganya itu mengandungi sesuatu dari syirik yang
tersembunyi kerana tauhid yang bersih adalah tidak melihat pada tiap-tiap
sesuatu selain Allah Azza wa Jalla.
• Firman Allah Taala dan sesungguhnya mengingati Allah itu amat besar
manafaatnya, Surah al-ankabut, ayat 45.
➢ Mengingati Allah Taala itu mempunyai dua(2) segi : -
1. Bahawa Allah Taala mengingati kamu adalah lebih besar daripada kamu
mengingati DIA
2. Bahawa mengingati Allah itu lebih besar dari segala ibadat yang lain.
Bersabda Nabi SAW, berfirman Allah Azza wa Jalla sesungguhnya AKU
Bersama hambaKU, selama ia mengingati AKU, dan bergerak dua bibirnya
menyebutkan AKU.
Apabila diingati AKU oleh hambaKU pada dirinya niscaya AKU mengingati
dia pada diriKU. Apabila ia menyebutkan AKU dalam kumpulan yang lebih
baik dari kumpulanNYA apabila ia mendekati AKU sejengkal niscaya AKU
mendekatinya sehasta. Dan apabila ia mendekati AKU sehasta niscaya AKU
mendekati sedepa. Dan apabila ia berjalan kepadaKU maka AKU berlari
kepadanya.
Demi Masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerusian
kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling
menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi
kesabaran - surah al asr (103;1-3)

No comments:
Post a Comment