About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Tuesday, November 11, 2025

Naratiwat

Baik — saya sudah mencari dokumen akademik dan sumber ilmiah mengenai Masjid Talo (Taloh/Telok) Manoh / Wadi al-Hussein (Masjid 300 Tahun) di Narathiwat. Di bawah saya senaraikan dokumen / artikel akademik dan sumber rujukan yang relevan (dengan ringkasan singkat apa yang setiap satu mengandungi) supaya anda boleh terus buka atau saya boleh muat turun PDF dan buat ringkasan penuh untuk anda.


  1. Archnet — “Mosque at Telok Manok (Talomanoh / Wadi Al-Hussein)”
    Ringkasan: entri seni bina berasaskan arkib yang membincangkan tarikh pembinaan kemungkinan (sekitar 1769 menurut kajian medan dan arkib), gaya seni bina gabungan Melayu-Thai-Cina, dan nota tentang patron/pengasas yang disebut Wadi/ Wan Al-Hussein. Sumber ini berguna untuk aspek konservasi seni bina dan rujukan bibliografi.  
  2. Jurnal/Artikel (PDF) — “Explore the Historical Site of Islamic …” (UMSU / jurnal setempat)
    Ringkasan: artikel penyelidikan kualitatif/sosi-sejarah yang menghimpun tapak-tapak warisan Islam di Selatan Thailand termasuk Masjid Talo Manoh; mengandungi rujukan literatur, observasi lapangan dan dokumentasi ringkas. PDF boleh dimuat turun dari pautan jurnal. — (berguna untuk konteks sosio-sejarah dan metodologi).  
  3. Repositori UKM / artikel Melayu — “Masjid bersejarah di Selatan Thailand” (UKM PTSL digital)
    Ringkasan: koleksi artikel/rujukan (termasuk rencana daripada akhbar/penyelidikan kecil) yang membincangkan Masjid Wadi al-Hussein, seni bina dan penyebaran Islam di Patani/Narathiwat. Sesuai untuk rujukan berbahasa Melayu dan kutipan tempatan.  
  4. ResearchGate — “MASJID WADI AL-HUSSEIN - KOMUNIKASI TAMADUN ISLAM DI TELUK MANOK”
    Ringkasan: catatan/ kertas kerja (kemungkinan artikel pendek atau pembentangan) yang menumpukan pada peranan masjid sebagai medium komunikasi tamadun Islam setempat; berguna untuk perspektif antropologi/kebudayaan. (Jika anda mahu, saya boleh cuba dapatkan PDF penuh jika tersedia melalui ResearchGate).  
  5. Artikel akademik & rujukan terbitan (menyebut masjid) — Journal of Southeast Asian Studies dan kajian berkaitan ziarah/pilgrimage
    Ringkasan: beberapa artikel akademik yang membincangkan ziarah, tapak-ziarah dan simbolisme di Selatan Thailand menyebut Taloh Manoh sebagai tapak warisan/ziarah (contoh: analisis religio-nationalist pilgrimages — Cambridge/SE Asia Studies). Sumber-sumber ini membantu meletakkan masjid dalam konteks praktik religius dan politik sejarah.  



Tambahan berguna (bukan semua tepat akademik tetapi berguna untuk rujukan lapangan / foto / konservasi):


  • Entri ensiklopedia / ringkasan (Wikipedia) tentang Talo Mano Mosque — untuk pautan segera ke rujukan lain.  
  • Laman pelancongan/heritage (Tourism Thailand, Islamic Heritage) yang memuatkan fakta tarikh, foto dan nota pemugaran.  



Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein. 

Rajah asal Masjid Telok Manok
Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat
Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand.

Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung
 Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.  
Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun
Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan Al-Hussein adalah ulama terkenal penyebar Islam di kawasan tersebut. 
Wan Husein as-Sanawi atau al Hussien adalah seorang ulamak yang hafaz al-Quran 30 juzuk, sangat banyak hadis dan pelbagai jenis matan ilmu-ilmu Islam. Wan Husein as-Sanawi pernah mengembara di pulau Jawa, pernah mengajar beberapa tahun di pulau Madura. Diriwayatkan juga bahawa beliau dan adik beradiknya bergaul mesra dengan masyarakat di pulau Sumbawa, sehingga ada pendapat yang menyebut Wan Husein as-Sanawi adalah berasal dari keturunan Arab yang telah lama datang ke pulau Sumbawa. Dari pulau Sumbawa, pengembaraan keluarga tersebut termasuk Wan Husein as-Sanawi sendiri, meneruskan pengembaraan mereka ke negeri Cam atau Campa. Kerajaan Islam Cam itu adalah diasaskan oleh datuk nenek mereka yang berasal dari negeri Arab.

Kayu yang bersilang dan tanpa paku
Setelah melalui proses yang lama melalui pantai-pantai dalam negeri India, persinggahan dan tempat tinggal terakhir mereka ialah dalam kerajaan Langkasuka. Proses yang lama pula setelah mereka membaur dengan masyarakat Melayu Langkasuka, maka terbentuklah Daulah Islam Fathani Darus Salam atau bagi umum mengenal sebutan Patani saja.
Posing di tangga depan masjid
Dari Patani itulah mereka mengembara ke utara dengan maksud menyebarkan Islam di negeri China tetapi sebelum sampai ke negeri China mereka telah berhasil pula membentuk satu kerajaan Islam-Melayu yang dikenali dengan Kerajaan Cam. Cita-cita mulai dari datuk nenek Wan Husein as-Sanawi untuk menyebarkan Islam ke negeri China berjalan terus sampailah ke zaman beliau. Bukan hanya itu saja, dari keturunan mereka juga telah menyebarkan Islam di Filipina, Brunei Darussalam dan akhirnya di Jawa. Beberapa orang di antara Wali Songo (Wali Sembilan) yang terkenal di Jawa adalah dari keluarga besar yang diriwayatkan ini.

Kubur lama yang seusia dengan masjid Telok Manok.
Terdapat sungai yang mengalir di kampung Telok Manok ini.  Sungai ini memisahkan masjid dan tanah perkuburan  lama.
Namun apa yang menarik, di sini juga terdapat makam para syuhada yang terkorban dalam trajedi di Takbai. Seramai 20 orang atau lebih telah dikebumikan di sini. Semangat ulamak besar Wan Hussien Al Sanawi, tokoh pengembang agama Islam dan pengasas masjid tua ini terus mengalir dalam darah anak-anak generasi mereka sekarang.

Al Fatihah untuk para syuhada Tragedi Takbai

Professor Dr Zuhaimy Ismail

No comments: