About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Thursday, May 30, 2013

Buku Baru Dinar dan Dirham






 
(Harga buku RM39.90 inklusif kos penghantaran melalui pos laju) 
(email kepada: zuhaimyi@yahoo.com atau PM:0197133940))
 KATA PENGANTAR
oleh
Yang Berhormat Datuk Haji Nooh bin Gadut 
Penasihat Agama, Majlis Agama Islam Johor,


Pendidikan adalah tiang ilmu dan ilmu adalah tiang peradaban.  Jika diperhatikan peradaban manusia, setiap satunya berkisar disekitar pendidikan.  Sebab itulah pendidikan menjadi teras dalam perkembangan ilmu dan amalan beragama yang seterusnya membangunkan kemurnian peradaban sesuatu bangsa.  Sebab itulah sejarah menunjukkan bagaimana pemimpin dan masyarakat sangat mengambil berat tentang pendidikan, proses ujikaji, penulisan dan tidak kurang penghargaan diberikan oleh pemerintah dan negara terhadap para ilmuan.  Pengukuhan ilmu dikalangan sesuatu bangsa itu akan menjadikan bangsa itu maju, dihormati dan dibalas dengan balasan yang setimpal didunia dan akhirat.  
 Buku “dinar dan dirham – menepati keperluan zaman” karangan Profesor Dr. Zuhaimy Ismail telah membentangkan empat hal utama.  Pertamanya mengenai riba, riba yang terkandung dalam sistem wang kertas lantas ianya haram, keduanya mengenai mengenali musuh manusia dalam zaman monden ini yang dinamakan kapitalis dan demokrasi peradaban barat, ketiganya adalah cadangan penyelesian untuk umat Islam kembali kepada dinar dan dirham, wang syariah umat Islam dan menjawab beberapa isu semasa mengenai dinar dan dirham seperti isu pendidikan, isu salah faham ulama dan cendikiawan, isu ukuran timbangan dan isu kepimpinan.
Buku ini menarik untuk dibaca bukan hanya kerana maklumat mengenai dinar dan dirham, tetapi juga pencerahan mengapa dinar dan dirham ini diperlukan dalam zaman ini.  Besesuaian dengan tajuk yang diberikan, buku ini sangatlah berguna untuk masyarakat Islam khasnya dan masyarakat lain untuk pertamanya mengenali wang dinar dan dirham, keduanya mengapa perlu dinar dan dirham digunakan, ketiganya mengapa wang kertas itu dikatakan mengandungi riba, keempatnya mengenali musuh yang dibawa oleh sistem kapitalis dan juga penggunaan sistem demokrasi dalam memilih pemimpin.  Sistem demokrasi jika tidak terpimpin boleh membawa kepada perpecahan ummah, menghilangkan sifat hormat menghormati antara kita.  Kelimanya, buku ini dapat memberi pencerahan tentang beberapa salah faham mengenai dinar dan dirham.
Sepertimana yang pernah saya sarankan kepada seluruh rakyat negeri Johor dalam tahun 2003 di Seminar Dinar di UTM, supaya setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya satu dinar atau satu dirham, dan bagi yang mampu hendaklah menyimpan sehingga ke 20 dinar atau 600 dirham dan berzakat dengannya.  Oleh itu, usaha dipihak Majlis Agama dan Jabatan Agama untuk menyediakan kemudahan masyarakat bermuamalah dengan dinar dan dirham khasnya berhubung dengan pengeluaran zakat harus dimulakan.  Saya yakin, pada suatu hari nanti umat Islam akan bebas daripada terus bergantung kepada sistem wang kertas dan menepati apa yang dikatakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. bahawa,”...satu hari nanti hanya dinar dan dirham sahaja yang akan digunakan”.  Oleh itu, saya mengharap semua masyarakat sama-sama berusaha membangunkan kembali sistem wang dinar dan dirham ini dan seterusnya memulakan kembali pengeluaran dan pengagihan zakat kepada lapan asnaf dengan dinar dan dirham. 
Akhir kata, saya ingin mencadangkan diperbanyakkan penyelidikan, diperbanyakkan bengkel dan kuliah, diperbanyakkan artikel dan buku sebagai bahan bacaan umum mengenai dinar dan dirham.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Zuhaimy Ismail kerana telah berjaya menulis buku ini dan kepada para pembaca, saya ucapkan selamat membaca dan merasakan banyak manfaat dari buku ini.  Yang paling penting adalah setelah membaca buku ini, teruslah memiliki dinar dan dirham dan bermuamahlah dengannya.

No comments: