About Me

My photo
Brief Profile Prof. Dr. Zuhaimy Ismail is a Malaysian academic, researcher, community educator and social entrepreneur whose work brings together science, Islamic scholarship, agriculture, education and community development. He served for more than four decades in academia, particularly at Universiti Teknologi Malaysia (UTM), specialising in Operations Research, Statistics, Management Science and Artificial Intelligence. He holds a PhD in Management Sciences from Loughborough University, UK, and has received several academic and service recognitions. Beyond academia, Prof. Zuhaimy has devoted much of his later life to community service, agriculture and Islamic education. Through Pena AgroFarm, he has explored sustainable agriculture, livestock, pineapple cultivation, kelulut beekeeping and organic rice cultivation. He is also involved in the development of Madrasah Tahfiz Al-Quran Albiranii, integrating Qur’anic education with practical agricultural and vocational skills. He is associated with the Tariqah Qadiriyyah-Shadhiliyyah-Darqawiyyah (TQSD) and is involved in the development of Zawiyah Darqawi Lenggeng, conceived as a centre for ibadah, tarbiy

Wednesday, March 6, 2013

Pelancaran Buku Baru

Saya ingin mulakan dengan Selawat Ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. para keluarga dan sahabatnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Ucapan salam saya diiringi dengan doa moha Allah s.w.t. memberi kesihatan yang sempurna, cergas ceria dan gembira selalu.


Saya ingin memaklumkan satu berita baik kepada peminat-peminat ilmu berkaitan dengan dinar emas dan dirham perak, emas dan sistem kewangan dunia semasa bahawa sebuah buku saya yang baru bertajuk  “Dinar Emas dan Dirham Perak – Menepati Keperluan Zaman”, telah diterbitkan di dalam bentuk buku fizikal.


Sila ke Ebook untuk melihat maklumat lanjut.

Bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu tentang dinar emas dan dirham perak serta bagaimana wang syariah ini bertepatan dengan zaman ini, saya cadangkan anda mendapatkan buku “Kembalinya Dinar Emas dan Dirham Perak“. Buku ini akan mendedahkan anda kepada pengetahuan bagaimana mula lahirnya dinar dan dirham ini dalam zaman moden dan seterusnya kepada buku yang baru ini.


Mengapa anda perlu mendapatkan ilmu dinar dan dirham melalui buku ini?




Gambar: Buku Dinar Emas dan Dirham Perak Menepati Keperluan Zaman


Setiap umat Islam mesti tahu akan peranan masing-masing dalam mengambil langkah memerangi riba kerana Allah s.w.t. dan RasulNya telah mengisytiharkan perang terhadap riba.  Untuk menjadi seorang pejuang dalam usaha memerangi riba dan bersama tentera memerangi riba, buku ini merupakan sumber terbaik.

Buku ini saya hasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman saya di dalam usaha mencari alternatif kepada sistem kewangan berteraskan riba sejak dari tahun 1992.  Hasil pembacaan dan kajian disertakan dengan pengalaman saya bersama pengusaha dinar dan dirham di England, Sepanyol, Afrika Selatan dan Eropah membolehkan buku ini ditulis untuk dikongsi bersama. 

Penulisan buku ini dalam bentuk yang sangat mudah untuk dibaca dan difahami.  Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu itu perlulah dimulakan dengan langkah pertama iaitu membuat kajian terperinci mengenai bidang ilmu tersebut.  Dalam soal ini, kita mulakan dengan melihat akan keadaan masyarakat sekeliling kita, masyarakat Islam dan seterusnya masyarakat dunia terhadap pergantungan mereka kepada sistem perbankan.  Jangan sama sekali memandang perkara ini sebagai remeh dan mudah serta melepaskan tugas untuk memahaminya kepada orang lain.  Sesungguhnya keadaan kita tidak akan berubah jika kita tidak mengubahnya sendiri.

Jangan sesekali takut kepada selain daripada Allah s.w.t. Dengan sistem pendidikan yang ada sekarang ini, umat manusia diajak untuk melupakan Allah s.w.t. dan meletakkan kebergantungan kita kepada selain daripada Allah. Buku ini akan menghuraikan bagaimana umat manusia bergantung kepada sistem kufar dalam pemilihan kepimpinan, kebergantungan kepada sistem perbankan dan di kawal oleh sistem pemikiran yang membawa kepada perhambaan selain daripada Allah s.w.t.

No comments: