About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Tuesday, February 26, 2013

Statistik oh Statistik !!!

Oleh
Prof. Dr. Zuhaimy Ismail

Akhbar The Star bertarikh 26 Februari 2013 mempamerkan satu berita survey yang dijalankan oleh Malaysian Productivity Corperation (MPC) dan Malaysian Employers Federation (MEF).  Hasilnya menunjukkan bahawa pekerja Malaysia bekerja lebih masa dibandingkan dengan pekerja dari negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan beberapa negara lain dengan produktivitinya yang jauh lebih rendah.  Pekerja Malaysia menghasilan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun manakala pekerja Amerika Syarikat berjumlah RM285,558, Jepun bernilai RM229,568, Singapura bernilai RM172,202 dan Korea Selatan bernilai RM122,083.  Kadar pertumbuhan produktiviti negara kita hanya pada tahap 4.55 peratus dan jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan China dengan kadar produktivitinya 8.7%, Indonesia 5% dan India sebanyak 4.8%.  Laporan akhbar ini juga melaporkan bahawa masa bekerja yang produktif pekerja Malaysia hanyalah 4 jam, selebihnya dihabiskan dalam jaringan social atau internet dan selebihnya untuk makan tengahari, menghisap rokok, berbual, rehat dan berbual kosong.  Benarkah statistik ini?  Sejauh manakah relevannya statistik ini dengan penghidupan kita sebagai seorang ahli akademik dan apakah ertinya statistik ini kepada kita sebagai seorang pekerja.  Sejauh manakah berkesannya sumbangan kita dalam meningkatkan produktiviti negara?  Sekiranya kita ada sedikit kepercayaan terhadap statistik ini, eloklah kita sama-sama fikirkan langkah yang boleh diambil oleh setiap individu untuk tidak menjadi statistik pekerja tak-produktif.  
           Seterusnya, mari kita lihat satu lagi statistiks yang dikeluarkan oleh TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) yang berpusat di Amerika Syarikat.  TIMSS ini adalah sebuah organisasi antarabangsa yang telah mengkaji trend dan menilai tahap pencapaian atau piawaian pembelajaran ilmu sains dan matematik sesebuah negara diseluruh dunia.    TIMSS bersama dengan The International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) telah membuat kajian terhadap pencapaaian bidang sains dan matematik yang melibatkan murid tingkatan 2 di Malaysia.  Malaysia, melalui Kementerian Pendidikan terlibat dalam kajian ini dengan tujuan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran (p&p) matematik.  Sejauh mana tujuan ini tercapai tidak ada siapa yang boleh memberi kepastian.
Mari kita sama-sama lihat akan statistiks yang dihasilkan melalui kajian ini.  Kajian yang dijalankan dalam tahun 2011 telah mengambil seramai 5733 pelajar (responden) daripada 180 buah sekolah di Malaysia. Hasilnya menunjukkan bahawa tahap pencapaian Sains dan Matematik di Malaysia terus jatuh merudum iaitu menurun sebanyak 6.3 mata menurun ketahap penurunan tertinggi selepas negeri Yemen.  Malaysia menduduki tangga ke 57, lebih rendah daripada Thailand di tangga ke 52, United Kingdom di tangga ke 28, Finland di tangga ke 6, Singapura di tangga ke 2 dan Shanghai di tangga teratas.  Kedudukan Malaysia dalam Matematik jatuh daripada kedudukan 20 dalam tahun 2007 kepada 57 dalam tahun 2011; Skor purata Matematik kita jatuh daripada 474 pada tahun 2007 kepada 440  dalam tahun 2011.  Hasil kajian menunjukkan trend pencapaian dalam sains dan matematik menyusut tiga tahun berturut-turut. 
Kita mungkin boleh mempersoalkan teknik pensampelan yang diambil dalam kajian ini, kita juga boleh mempersoalkan responden yang dipilih dalam kajian ini.  Tetapi hasil kajian tetap boleh di terima kerana kajian ini dijalankan seragam di seluruh dunia menggunakan teknik pensampelan yang diterima pakai oleh International Institute of Statistics (IIS).  Yang jelas adalah tahap pencapaian sains dan matematik di kalangan pelajar kita masih rendah dan tidak boleh dibanggakan lagi.  Kenyataan ini boleh disokong dengan statistik yang kita kumpulkan sendiri terhadap pencapaian matematik dikalangan pelajar di UTM sendiri.  Kesalahan lazim yang dilakukan disekolah dibawa bersama pelajar ke universiti.  Fahaman konsep yang salah, interpretasi teorem dan rumusan yang tidak tepat memberikan kesukaran bagi pelajar diperingkat universiti untuk terus menguasai ilmu matematik yang lebih mencabar.  Malah ramai yang tidak tahu akan ilmu matematik diperingkat universiti, apa peranannya dan apa tujuannya.  Para ilmuan sains matematik tidak turun padang untuk menyampaikan kepada guru dan pelajar sekolah bahawa ilmu matematik diperingkat universiti adalah ilmu matematik professional, di mana pelajar diajar ilmu ini untuk menyelesaikan masalah sebenar (real problem).  Ilmu matematik professional ini perlu diberi penjelasan dalam artikel yang akan datang. 
Beberapa kajian telah dijalankan di Jabatan Sains Matematik untuk mengenalpasti punca kelemahan pelajar dalam bidang matematik diperingkat universiti.  Kami dapati, kelemahan ini bukan berpunca di universiti tetapi bermula diperingakt sekolah dan matrikulasi lagi.  Sebuah kumpulan telah dibentuk untuk memantapkan ilmu matematik dikalangan guru dan pelajar disekolah.  Matlamat kami adalah untuk menyediakan pelajar dengan mindset dan ilmu matematik yang mantap untuk memasuki universiti dan berhadapan dengan ilmu matematik professional.  Oleh itu, kami berharap supaya kumpulan penyelidikan ini dimantapkan untuk dapat menjelaskan atau menyelesaikan masalah kejatuhan prestasi matematik disekolah dan juga diuniversiti seperti yang dinyatakan dalam kajian TIMSS baru-baru ini.

(Pendapat dalam artikel ini bukan pendirian JSM tetapi milik penulis)

No comments: