About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Monday, November 5, 2012

Takrifan Wang



Wang ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja yang mempunyai nilai intrinsik yang digunakan sebagai medium pertukaran. Orang pernah bertukar secara “barter” untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan sebelum adanya apa yang dikatakan medium pertukaran.
Asasnya adalah seperti berikut – katalah dua individu masing-masing memiliki komoditi yang berbeza yang mahu atau yang saling memerlukan.  Mereka akan membuat satu “perjanjian” perdagangan barangan mereka.  Ini membentuk pertukaran “barter trading” bagaimanapun, kaedah ini tidak memberikan apa yang dikehendai atau menggantikan serta boleh bahagi perkhidmatan dan ini membuatkan perdagangan ini tidak cekap.  Sebagai contoh, jika anda mempunyai seekor lembu tetapi memerlukan pisang, anda perlu mencari seseorang yang bukan sahaja mempunyai pisang tetapi juga memerlukan kepada daging lembu atau seekor lembu. Walaupun kita berjaya mendapatkan seseorang yang mempunyai keperluan untuk daging tetapi dia pula tidak ada pisang tetapi hanya boleh menwarkan jagung sahaja.  Oleh itu, jika seseorang mahu mendapatkan daging, dia mesti mencari seseorang yang mempunyai pisang dan mahu daging lembu.
Kekurangan kemampuan menjalankan aktiviti perdagangan melalui pertukaran barangan untuk mendapatkan barangan lain seperti contoh yang diberikan, memenatkan, mengelirukan dan tidak cekap. Tetapi dalam keadaan terpaksa dahulunya, perkara ini telah berlaku.  Kemudiannya manusia menggunakan komoditi sebagai wang iaitu komoditi yang mempunyai permintaan yang tinggi, komoditi yang bernilai dan berharga, tahan lama, mudah alih dan mudah disimpan serta tidak mudah rosak. 
Satu lagi contoh wang komoditi adalah emas.  Kerajaan Amerika kemudiannya menggantikan komoditi emas dengan disandarkan kepada nota janji yang diperbuat daripada kertas.  Pemilik nota janji ini kemudian menggunakan surat tersebut untuk mendapatkan kembali emas yang disandarkan atau menukarkan kertas nota untuk mendapatkan barang lain.  Sejak tahun 1971, wang kertas dolar Amerika tidak lagi disokong oleh emas. Kerajaan asing tidak dapat lagi mengembalikan mata wang kertas Amerika Syarikat untuk mereka menukar kembali kepada emas yang disimpan sebagai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.  
Sekarang kita boleh renungkan apa itu wang dan apa hubungan wang dan emas.  Emas itu bernilai kerana emas ada gunanya dan ada permintaan.  Emas mempunyai sifat seperti tahan lasak, boleh bahagi, mudah alih dan tidak kurng nilai apabila berubah tempat dan masa.  Walaupun emas bukan barang yang boleh kita makan, atau memanaskan badan bila kita sejuk tetapi kita semua tahu dan berpendapat bahawa emas itu cantik.  Emas adalah logam yang kita rasa boleh bertahan nilai dan terus boleh percaya akan terus berharga. Jika manusia diberi kebebasan untuk memilih sesuatu benda sebagai wang, mereka akan pilih emas.

1 comment:

Maman A. Djauhari said...

Excellent. The link to your blog has been posted to the management of Madrasah al-Djauhariah in Garut, West Java, Indonesia.

Please elaborate more abour currency. Next time, better you write in 2 languages; Melalu & English.

May Allah bless you.