About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Friday, May 18, 2012

Dinar Emas Senjata Utama Umat Islam


 (Petikan dari Buku Kembalinya Dinar Emas karangan Prof. Dr. Zuhaimy)

Firman Allah,“….dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya telah dilarang daripadanya, kerana mereka memakan harta dengan jalan yang bathil…” (Suratun-Nisa, ayat 161)



Bila disebut tentang senjata, ini membayangkan kepada peperangan atau alat untuk mempertahankan diri. Senjata inilah yang akan digunakan untuk membunuh lawan atau menumpaskan mereka yang menceroboh ke kawasan kita. Senjata ini apabila digunakan oleh mereka yang memilikinya mengharapkan agar senjata ini dapat mengalahkan musuh. Sebab itu senjata amat penting dalam mempertahankan diri atau sewaktu menyerang musuh. Keris, parang, pedang dan panah merupakan senjata tradisional masyarakat kita. Dalam zaman Rasulullah s.a.w senjata yang digunakan ketika itu adalah pedang dan panah disertakan dengan kuda yang mampu dipacu laju. Di dalam peperangan Uhud, tentera Rasulullah s.a.w telah menggunakan strategi yang begitu cermat dengan mengarahkan angkatan memanahnya menduduki gunung Uhud dan berpesan supaya jangan sekali-kali meninggalkan puncak gunung Uhud. Yang jelas bahawa sejarah menunjukkan bahawa tentera memanah Islam telah mungkir arahan ketua dan meninggalkan puncak Uhud dan kesan perbuatan mereka emua telah kita ketahui.

Dalam zaman moden ini, kita dapati setiap negara berlumba-lumba untuk menyiapkan negara masing-masing dengan persenjataan terkini. Kini kita dapati juga ada negara yang berlumba-lumba untuk memiliki senjata nukliar atau senjata pemusnah lain. Setelah berlakunya peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun, dunia mula memikirkan semula stretegi menggunakan tenaga nuklier. Peralatan ketenteraan semakin hari semakin canggih dan dunia ketiga pula sentiasa diajak untuk mengejar perkembangan teknologi ketenteraan terkini. Contoh dari pelbagai negara kita dapati kebanyakan senjata yang dimiliki akhirnya hanya efektif digunakan ke atas rakyatnya sendiri. Jika berlaku peperangan, tidak ada negara boleh berdikari sendiri untuk melawan musuh. Juga kita dapati bahawa sebaik sahaja hutang pembelian senjata sesebuah negara hampir selesai, senjata baru diperlukan bagi melengkapi kekuatan tentera kerana senjata lama sudah tidak boleh digunakan lagi. Kitaran ini berterusan dan akan berterusan tanpa selesai. Jika kita teliti akan isu persenjataan ini kita dapati di belakang industri alat ketenteraan ini adalah institusi perbankan. Persoalan kita sekarang, adakah patut kita sebagai negara Islam turut mengejar kekuatan ketenteraan negara dengan secara berterusan dengan menambah pembelian senjata moden buatan Amerika, Rusia atau China. Pembelian senjata yang menelan belanja berbilion dolar Amerika akan menyebabkan negara kita berhutang dengan institusi kewangan dunia. Apakah sesuai senjata yang kita beli itu sedangkan senjata semakin hari semakin canggih?

Patutkah kita mula mengenali dahulu siapa musuh kita yang sebenarnya sebelum menyiapkan diri dengan persenjataan? Apakah sesuai senjata moden digunakan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan matawang kita daripada diceroboh oleh penyangak matawang antarabangsa? Apalah gunanya persenjataan ketenteraan yang canggih sedangkan kufar menyerang kita menggunakan senjata yang tidak boleh dikalahkan oleh senjata moden yang canggih. Adalah wajar untuk negara kita mula memikirkan mencari senjata yang sesuai untuk melawan serangan penyangak matawang. Mereka menggunakan manipulasi matawang, bursa saham untuk merosakkan ekonomi negara dunia ketiga. Wang kita disandarkan kepada dolar Amerika. Apa ertinya kita ada simpanan ratusan bilion dolar jika nilai dolar boleh menyusut 100%? Kita semua ingat peristiwa dalam tahun 1997 di mana Ringgit Malaysia telah susut nilai sebanyak lebih daripada 60% dan banyak kekayaan negara terlepas kepada negara lain dalam masa yang begitu singkat. Kita ingat lagi satu ketika Tun Dr. Mahathir meminta supaya wanita Umno menukar emas yang mereka miliki kepada USD. Sepertimana yang dikatakan sebelum ini bahawa dunia kita sekarang berada di zaman riba. Kekuatan kuasa kufar berteraskan kekuatan sistem kewangan yang berteraskan kepada riba, sistem wang kertas janji kosong, penjanaan wang kertas tanpa sandaran. Melalui sistem ini, dunia Barat telah berupaya membeli bahan mentah dari negara ketiga dengan harga yang begitu murah. Sistem matawang dunia kini dikuasai oleh Dolar Amerika dan didokong oleh dua insitusi kewangan terbesar dunia iaitu Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monotery Fund) di mana setiap bank pusat diseluruh dunia menjadi ahlinya.


(Bersambung...sila baca artikel Dollar Amerika Musuh Umat Islam)

No comments: