About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Saturday, June 18, 2011

Pengenalan Dinar Emas

Saya mulakan penulisan buku ini dengan satu bab pengenalan bertujuan untuk memberi sedikit latarbelakang tentang dinar emas.  Subjek dinar emas ini adalah suatu bidang baru dalam masyarakat kita dan saya akan cuba memperkenalkan subjek dengan cara bercerita, cerita seperti bagaimana saya mula mencebur diri dalam bidang ini.  Saya merasakan subjek dinar emas ini perlu diperkenalkan kerana topik ini tidak berada dalam sistem pendidikan negara dan tidak juga menjadi bahan perbincangan masyarakat. Oleh itu, dirasakan agak ramai dikalangan masyarakat kita yang tidak tahu apa itu dinar emas dan elok rasanya saya memulakan buku ini dengan pengenalan ringkas mengenai dinar emas ini.


Dinar emas ini jarang dibicarakan dan jarang juga kita dengar dinar emas ini dibincangkan dalam media massa seperti radio, televisyen dan akhbar tempatan. Malah sejak subjek dinar emas dipopularkan oleh Dr. Mahathir di Malaysia dalam tahun 1997 ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi, ketika wang Ringgit Malaysia dimanipulasi oleh spekulator matawang dunia, dinar emas jarang sekali diperkatan. Masyarakat umum tidak tahu perkembangan lanjut mengenainya. Malah ada yang menyatakan bahawa dinar emas ini hanyalah gimik politik sesetengah parti politik untuk merais undi dalam pilihan raya. Saya sendiri pada awalnya merasakan bahawa dinar emas yang pernah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia bukan sesuatu yang disokong atau didokong oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi hanyalah mengikut fikiran Dr. Mahathir sahaja. Pendapat ini tidaklah begitu lari dari kenyataan. Isu dinar emas ini ada dinyatakan di Dewan Rakyat tetapi bukan sesuatu yang dibentangkan dan dipersetujui oleh dewan. Sebab itulah pengenalan dinar emas bukan menjadi satu polisi kerajaan tetapi hanyalah sesuatu yang dikenalpasti sebagai alat yang mampu untuk menjadi alternatif kepada sistem dolar Amerika. Dr. Mahathir nampak dinar emas mampu menyelamatkan Ringgit Malaysia dari diserang oleh penyagak matawang antarabangsa Goerge Soros dalam tahun 1997 yang menyaksikan Ringgit Malaysia menyusut nilainya melebihi 60%. Negara kita boleh jadi bangkrap jika tidak ada tindakan bijak yang diambil oleh beliau ketika itu. Sejak tahun 1997, Tun Dr. Mahathir Muhamad telah dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan dinar emas ini suatu realiti khasnya bagi penggunaan perdagangan antarabangsa dikalangan negara-negara Islam. Malangnya sebaik sahaja Tun Dr. Mahathir turun daripada menjadi Perdana Menteri, penggantinya tidak sedikitpun berminat untuk meneruskannya. Abdullah Ahmad Badawi pengganti Tun Dr. Mahathir melihat dinar emas ini tidak penting dan relavan. Banyak usaha Tun Dr. Mahathir disisih malah ada yang dibatalkan. Benarlah apa yang diperkatakan orang bahawa dinar emas ini hanyalah gimik politik sesetengah individu untuk merais populariti. Dalam hal ini Datuk Abdullah Ahmad Badawi tidak langsung membawa dinar emas kehadapan takut ia akan menaikkan lagi pupulariti mantan perdana menteri. Ini adalah sebahagian analisis mengapa dinar emas tidak masyarakatkan pada zaman pemerintahan Pak Lah.


Menyedari keadaan ini saya merasakan umat Islam mestilah terlebih dahulu diajak untuk mengenali wang dinar emas ini. Masyarat kita perlu mendapat pendidikan mengenainya, seperti perpatah Melayu, “Tak kenal maka tak cinta”.


Sejarah menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan pelbagai jenis barang sebagai alat tukar yang kemudiannya dinamakan wang atau duit. Bermacam-macam barang bernilai dan berkuantiti yang banyak telah digunakan sebagai alat tukar. Kulit kerang, garam, rempah, timah, perak, emas dan sebagainya pernah digunakan sebagai alat tukar. Mengikut hukum Islam, tidak ada barang yang boleh dipaksa sebagai satu-satunya barang niaga yang boleh digunakan sebagai wang. Imam Malik mentakrifkan wang sebagai “apa sahaja barang yang diterima pakai secara umum sebagai alat pertukaran’. Ini bermakna bahawa manusia itu bebas untuk memilih apa sahaja barang niaga sebagai alat pertukaran.


(Artikel lengkap boleh diperolehi daripada Prof. Dr. Zuhaimy Ismail at zuhaimyi@yahoo.co)

2 comments:

DinarDirham.com said...

salam,
mohon kongsi artikel diatas diblog www.dinardirham.com
Terima kasih.

Pena Agrofarm said...

Ayoh, silakan....apa perkembangan dinar emas di Indonesia