“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu adalah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Ayat ini memerintahkan umat Nabi Muhamad s.a.w. untuk mengeluarkan (kini banyak pusat zakat guna istilah bayar ) zakat. Ayat juga dengan jelas menyuruh kita edarkan mengaggihkan kepada asnaf untuk menerima zakat. Untuk perlaksanaan perintah Allah ini, telahpun di tentukan ketetapan hukum yg datang daripada Allah Yang Maha Mengetahui, lagi bijaksana.
Merujuk kepada topik yg hendak dibincangkan, perlulah kita memasang niat yang betul supaya perbuatan kita nanti akan berubah menjadi ibadat. Kita harus sedar bahawa niat itu sangat dititikberatkan dalam agama kerana niat boleh mendorong seseorang bertindak dengan berhikmah dan membawa kebaikan dunia dan akhirat. Antara ulama yang banyak membincangkan tentang niat dalam aktiviti seharian termasuklah imam malik. Dalam kitab Al Muwatanya, topik pertamanya adalah adalah berkaitan niat. Begitu juga dengan Imam AlGhazali yang mempunyai pandangan bahawa pembentukan niat yang betul boleh menjadikan perbuatan itu bernilai disisi Allah SWT.
…
hilang keyakinan kpd kaedah fitrah apabila bergantung kpd bisnes berfiat dan berkartel termasuk dalam industri padi.
Dalam urusan padi, niat tanam padi utk berzakat sering dilupakan. Padi pula dihasilkan melalui kaedah yg merosakkan alam sekitar termasuk genosid terhadap pelbagai makhluk yg sedang berzikir dalam ekosistem padi.
Padi pula dijual dan tak diproses jadi beras. Malahan petani pula jadi pembeli beras sambil bising tentang harga padi rendah dan harga beras mahal. Padahal kedua duanya ada dalam tangan petani.
Kita juga tidak nampak kelebihan tanam padi. Bermula dgn 1 biji padi akan ada anakan atau pinnacle antara 20-80. Setiap anakan bertangkai ada 200-700 biji padi. Jika ambil purata anakan 50 dan setangkai 500 biji maka 1 biji padi boleh hasilkan (50x500) yakni 25000 biji padi baru. Jadi 1:25000
Kita takkan nampak fitrah alami ini. Kita akan sangka hanya dengan Baja dan racun kimia sahaja akan beri hasil sebegitu. Padahal Kapten Zakaria telah lama buktikan bahawa jalan organik atau alami adalah jalan yg mesra alam dan diredhaiNya. Di sinilah letaknya halalan toiyibban. Inilah maal sebenar utk tujuan zakat maal.
Apabila kita jual padi utk ringgit maka hilanglah kuasa petani kerana harga padi dikuasai oleh Kartel. Kenaikan harga padi tidak akan bawa manfaat kerana kenaikan itu akan akubatkan naiknya harga benih, kos traktor, kos dron, kos Baja dan racun, kos Lori dan kos pengilangan dll.
Petani perlu balik kpd amalan Datuk nenek kita. Mereka simpan padi dalam jelapang dan proses jadi beras mana yg perlu sahaja. Itulah food security sebenar.
Harga beras organik pun kita yg kawal. Itulah yg jadi amalan Kapten. Kedaulatan makanan dan kedaulatan laksanakan zakat maal adalah seiring.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment