About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Friday, May 6, 2011

RENUNGAN BULANAN

Assalamualaikum w.b.t.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabahnya.

Dewasa ini kita lihat dunia Arab atau dunia Timur Tengah dilanda kemelut kepimpinan dengan rakyat mereka memberontak meminta kebebasan bersuara, kebebasan memilih atau mengikut media barat bahawa rakyat mereka mahukan demokrasi. Ramai yang sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kebebasan yang dicari. Pemimpin dan pemerintah pula tidak ada rasa simpati menghalakan senapang dan melepaskan peluru yang sepatutnya dihalakan kepada musuh, kini rakyat sendiri menjadi korban. Ramai yang ditangkap dan disumbat kedalam penjara dan ada juga yang diseksa dalam tahanan. Negara menjadi kucar kacir. Kekecohan menyebabkan aktiviti ekonomi terganggu dan dengan ini hapuslah keamanan di negara-negara di Asia Barat. Perhatikan bahawa semua kekecohan dan porak peranda yang berlaku sekarang adalah dikalangan negara-negara Islam, dari Sudan, Maghribi, Algeria, Iraq, Tunisia, Nigeria, Libya, Mesir, Bahrain, Syria, Afghanistan dan Pakistan. Apakah ini berlaku secara kebetulan (coincidence) sahaja atau ada tangan ‘invisible’ yang mengolah atau merancang kekecohan ini? Pelbagai pendapat yang kita dengar terhadap apa yang berlaku di dunia Arab sekarang ini – seolah-olah berlaku kesan domino yang bermula dari Tunisia, malah ada yang mengatakan ini salah satu petanda akhir zaman yang bermula dengan kekecohan di dunia Arab.

Tidak ada satu jawapan tepat yang boleh kita berikan malah semua ini ibarat suatu mistri. Misteri terkini adalah peritiwa kematian Osama (bukan Obama) yang dikatakan dibunuh oleh tentera Amerika. Persoalannya, mengapa mayat Osama dicampak ke laut? Mengapa gambar mayat Osama tidak mahu ditunjukan kepada dunia? Apakah benar cerita bahawa peristiwa pembunuhan adalah lakonan Hollywood dipentaskan di Pakistan? Di mana bukti sebenar Osama telah dibunuh? Semua yang berlaku mengingatkan misteri pendaratan manusia di bulan dan misteri pengeboman twin towers di New York, misteri bom kimia Iraq. Bagaimana manusia boleh mendarat di bulan sedangkan teknologi yang ada pada ketika itu tidak mampu untuk menembusi langit menggunakan teknologi yang ada sekarang ini? Semua ini boleh dilihat dalam laman web www.bulan.com . Begitu juga dengan misteri pengeboman twin tower di New York? Bagaimana boleh ada standby camera (bukan cctv) untuk merakam kedua-dua kapal terbang melanggar dua tower? Mengapa ramai saksi yang terselamat dan berada dalam bangunan ketika kejadian kini hilang? Misteri lain adalah bagaimana kuantiti emas yang begitu besar dikeluarkan dari bangunan beberapa hari sebelum peristiwa 11 September? Lihat laman web www.twintowers.com . Semua ini seolah-olah satu ‘coverup’ oleh pihak tertentu.

Ada sesuatu yang ditutupi? Ini mengingatkan kita dengan istilah atau takrifan “menutupi kebenaran”. Orang yang menutupi kebenaran dikenali sebagai orang kafir. Orang kafir tahu Allah itu wujud dan telah mendapat berita keesaanNya, tetapi mereka menolak kebenaran, mereka menutupi kebenaran. Orang-orang kafir ini bukan tidak tahu kebenaran tetapi sifat yang ada pada mereka adalah mereka menutupi kebenaran. Orang kafir tahu Tuhan itu satu tetapi mereka degil dan tutup apa yang mereka tahu, tutup tanda kebenaran keEsaan Tuhan itu. Padri yang mendalam ilmu agamanya tahu kunci syurga adalah laillahaillah. Mereka tahu Muhamad itu benar kerana ada tercatat dalam kitab Injil. Tetapi mereka ubah dan tutup kebenaran dan menolak Islam dan terus dengan kekufaran mereka.

Ada dua kategori manusia sahaja didunia ini iaitu manusia yang dikatakan orang Islam dan orang Kafir. Dalam keadaan sekarang ini seolah-olah kita dapati dunia kufar dikatakan dalam keamanan manakala dunia Islam dalam kekecohan. Kini konco-koncu kufar mahu mengekspot kekecohan di dunia Islam di Asia Barat ke dunia Islam diAsia Tenggara. Malah ada yang menyatakan bahawa terdapat agen-agen untuk memporak perandakan negeri-negeri di Asia Tenggara. Isu perkauman, isu agama, isu kemiskinan, isu pengagihan kemudahan dan sebagainya boleh menjadi punca kekecohan untuk berlaku. Ada parti politik yang sengaja mengadu domba kononnya penindasan berlaku kepada kaum tertentu. Ada parti politik yang hanya mahukan institusi diraja dihapuskan dan ada parti politik mahukan sistem liberal diamalkan. Semua ini boleh menjadi pencetus kepada kekecohan. Pemerintah di Asia Tenggara seharusnya sentiasa waspada terhadap perkara ini.

Wilayah Asia Tenggara mempunyai populasi penduduk Islam yang paling ramai dan kita hidup di kalangan orang-orang Islam. Orang kafir hidup mewah dikalangan orang Islam, dipimpin oleh orang Islam. Di mana sahaja anda pergi dalam wilayah ini, anda dapat lihat keadaan orang-orang Islam dalam cahaya Iman dan cintakan Islam. Tetapi anda akan dapati institusi politik yang diamalkan adalah berdasarkan kepada sistem kuffar dari barat. Walaupun beberapa negara di Asia Tenggara adalah negara Islam tetapi syariat tidak mendapat tempat dalam kuasa pemerintahan. Mufti dan kadi dibiarkan hanya untuk terlibat dalam institusi keluarga sementara Sultan hanya tinggal sebagai Raja upacara/adat tanpa ada kuasa politik.

Wilayah Asia Tenggara mempunyai populasi Islam paling ramai dan musuh-musuh Islam telah cuba melabelkan mereka sebagai pengganas serta mengaitkan Islam dengan keganasan dan kekerasan. ‘Kematian Osama’ diharap meredakan kaitan ‘keganasan’ dengan Islam di rantau ini. Dengan mewujudkan ketakutan/keresahan di kalangan umat di Asia tenggara, kerajaan dan pemerintah digalakkan untuk menyerlahkan sikap toleransi Islam. Apabila kerajaan atau pemerintah menerima konsep toleransi dan liberalisasi membolehkan kuasa dan konco kufar barat bebas untuk melakukan apa yang mereka mahu di kawasan milik orang-orang Islam. Melalui proses demokrasi, kewangan, sistem ekonomi dan media, orang-orang Islam ditarik untuk mengikuti cara hidup yang dibawa oleh golongan kufar ini. Melalui kebebasan bersuara, melalui hiburan tanpa kawalan, melalui hak kemanusiaan, anak-anak muda Islam telah dialih fokus untuk hidup mengikut cara kufar, melalui hiburan bebas anak-anak muda terjerumus dengan masalah sosial, pergaualan bebas, anak luar nikah, dadah dan perpecahan kekeluargaan menjadikan orang Islam sama dengan orang kufar. Orang Islam tidak perlu masuk Kristian atau agama lain, tak perlu pergi gereja atau Sinagog, yang perlu dilakukan oleh orang Islam hanyalah dengan melupakan Islam, meningglkan ajaran Islam. Inilah yang diharapkan oleh orang kufar Kristian dan Yahudi. Apabila orang Islam sudah lupakan ajaran Islam, lupakan Al-Quran, lupakan sunnah seterusnya lupakan Allah, mereka ini sudah tidak perlu digeruni lagi. Orang Islam yang hanya tinggal nama ini boleh dimamah dengan mudah dan ditawan.

Orang Islam semua kena tahu bahawa sebenarnya orang kafir ini takut kepada Islam. Walaupun mereka tahu bahawa dengan Islam mereka dapat hidup dengan keamanan, dapat mencari rezeki dalam keamanan dan mereka juga tahu sistem kufar yang mereka amalkan akan membawa mereka menuju kehancuran. Sistem kufar mereka yang disokong syaitan yang direjam akan hanya membawa mereka ke neraka Jahanam tetapi dengan dorongan nafsu, orang kufar tetap mahukan sistem mereka mendominasi dunia agar mereka terus menguasai dan memanipulasi manusia.

KERUNTUHAN INSTITUSI POLITIK

Kufar menghendaki sistem kerajaan demokrasi diamalkan walaupun mereka tahu terdapat beberapa sistem berfungsi lebih baik dari kerajaan demokrasi yang dilantik. Melalui sistem demokrasi, kufar sebenarnya mempunyai matlamat untuk membolehkan kapitalis secara bebas membeli dan memilih, seterusnya memonopoli perniagaan dan kekayaan sesebuah negara. Dunia tahu bahawa Presiden Afghanistan dan Iraq dibiayai oleh Amerika Syarikat dengan bantuan kewangan dan sebagainya melalui sistem kapitalis. Calon-calon yang dibiayai mesti menbangunkan negara dengan wang yang dipinjam dari bank dunia dan IMF. Dengan pinjaman yang diberikan, institusi ini mesti memastikan pemimpin yang dipilih terus membuat pinjaman dan membayar hutang dengan sumber semulajadi negara. Atas nama menjadikan sesebuah negara itu negara maju, negara membangun, negara progresif dan sebagainya, pemimpin atau ahli politik yang dipilih secara demokrasi ini membuat hutang negara. Hutang yang diambil untuk membangunkan negara menjadi satu projek keperluan dan atas nama hutang negara rakyat yang akan membayar hutang ini. Rakyat membayarnya melalui cukai yang dikenakan. Sebab itulah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun kos penghidupan rakyat berterusan meningkat.

Tahukah anda bahawa institusi politik adalah berkait langsung dengan polisi ekonomi? Institusi politik dikatakan berwajib untuk memastikan sistem dan polisi ekonomi berjalan secara bebas dibawah kuasa sistem kapitalis tanpa gangguan. Kuasa politik sebagai institusi endogenous. Ramai yang tidak mengerti perkara ini dan kebanyakan rakyat hanya mengikut sahaja tanpa ada yang mahu mempersoalkannya. Mereka hanya dididik supaya mengamalkan demokrasi dalam pilihanraya tetapi tidak dalam menentukan sistem yang mereka amalkan seharian. Rakyat disumbat dengan sistem ekonomi kapitalis yang berteraskan riba. Rakyat didik supaya menerima bahawa tidak ada sistem ekonomi lain yang boleh diterima selain sistem ekonomi riba berteraskan sistem wang kertas. Wang kertas adalah ‘wang janji’ atau ‘wang riba’ dan jika riba itu haram maka sudah tentu wang kertas juga dalam kategori yang sama.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, hampir setiap hari kita dengar berita tentang kenaikan harga komoditi, kenaikan harga makanan dan kemudahan asas. Pemimpin yang dipilih dengan mudah menyatakan bahawa kenaikan harga komoditi disebabkan kenaikan harga minyak dan bencana alam yang berlaku diseluruh dunia sekarang ini. Tetapi kerajaan tidak pernah menerangkan kepada rakyat mengapa kuasa beli wang kertas negara secara berterusan menyusut nilai. Dulu kita ada koin satu ringgit, koin satu sen, koin lima sen. Kemana koin-koin ini menghilang? Nilai koin ini sebenarnya tidak boleh dikeluarkan atau digunakan lagi kerana nilai bahan dan kos pengeluaran koin-koin ini melebihi daripada nilai yang ada pada koin tersebut. Kos paling murah adalah dengan mencetak wang kertas. Sebab itulah wang RM1 kini semuanya dalam bentuk wang kertas.

Tahukah anda bahawa kos untuk mencetak satu keping wang kertas hanyalah 5 sen Ringgit Malaysia. Duit kertas RM1 kos cetaknya sama dengan kos cetak RM10 sama dengan kos cetak RM50 sama dengan kos cetak RM100. Yang membezakan antara semua wang ini hanyalah pada warna pada wang kertas tersebut. RM10 warnanya merah, RM50 warnanya biru dan sebagainya. Pernahkah anda tanya diri anda siapa menentukan nilai pada kertas ini? Mengapa yang merah bernilai RM10 yang biru bernilai RM50? Mengapa sekeping kertas dengan kos pengeluaran 4 sen boleh bernilai RM10 dan RM50? Berapa banyak wang kertas dicetak setiap tahun? Bagaimana negara menetapkan sebanyak mana yang boleh dicetak? Mengapa rakyat tidak diberi kebebasan untuk memilih wang yang hendak mereka gunakan?

Untuk melindungi wang kertas yang dicetak ini, kerajaan mencipta undang-undang untuk melindunginya. Wang kertas ini dikenali sebagai ‘legal tender’. Semua wang kertas yang selain daripada wang ‘legal tender’ tidak dibenarkan. Jika menggunakan juga, penguna boleh didakwan dan dipenjarakan. Jika kita cetak sekeping kertas kemudian namakan kertas itu sebagai Ruit Malaysia yang diterima sesama sendiri sebagai unit wang. Maka wang Ruit Malaysia ini tidak boleh digunakan. Sesuatu benda yang tidak bernilai kemudian diberi nilai dengan disokong oleh undang-undang dikatakan sebagai ‘legal tender’ iaitu wang kertas sesebuah negara.

Wang kertas tidak bernilai atau tidak ada nilai intrinsik, maka untuk menjadikan ia mempunyai nilai artificial, undang-undang yang sungguh kuat diperlukan. Penguatkuasaan kepada undang-undang ini juga kuat. Sesiapa didapati melanggar undang-undang bersabit dengan kewangan hukumannya sangat berat. Bukan senang untuk menutupi kebenaran. Tidak mudah untuk memaksa rakyat tidak menolak wang tidak benilai ini. Mengapa demokrasi tidak diaplikasi disini dan seranh kepada rakyat untuk memilih wang mana yang mereka mahu gunakan dan bukankah ini satu ketidakadilan? Kita bekerja siang dan malam, berpeluh dan keletihan menjalankan tugas dan kita kemudianya dibayar dengan kepingan wang kertas yang dikatakan bernilai tadi. Apakah ini yang kita mahukan? Wang yang dikumpul sekian lama akhirnya susut nilai dan tidak mampu untuk mendapatkan barang yang dihajatkan. Apa sudah jadi dengan orang kita yang sanggup berbaring diatas jalan menuntut keadilan tetapi akhirnya terima bayaran upah kerja dengan kepingan kertas yang dikatakan bernilai ini? Anda fikirlah sendiri!

Demokrasi dan kapatalisme adalah dua wajah yang berbeza pada satu koin yang sama. Ramai orang yang tidak tahu atau tidak sedar dan berwaspada bahawa sistem politik demokrasi telah dibentuk untuk tujuan memenuhi cita-cita sistem kapitalisme. Shaykh Adbal Qadir As-sufi telah memberi gambaran jelas tentang keadaan sebenar modern parliamentary democracy di mana beliau menjelaskan dalam bukunya The Technique of the coupe de Banque. Dunia hari ini menyaksikan perubahan mendadak berlaku disana sini. Secara umumnya kuasa yang ada pada pemerintahn sesebuah kerajaan secara beransur-ansur berpindah kepada kuasa pasaran dan seterusnya kepada institusi kewangan. Harga barangan sekarang ini sudah mahu dibuka kepada kuasa pasaran. Rakyat yang miskin akan terpaksa berlawan mencari sekian banyak wang kertas untuk mendapatkan keperluan asas yang terus menerus meningkat. Sistem yang diamalkan kini beransur mengikuti jejak langkah sistem barat. Sistem demokrasi dan kewangan di barat telah rosak dan mereka mahu merosakkan apa yang kita ada di timur. Negara barat telah mengalami keruntuhan sistem kewangan dan ekonomi. Bermula dengan negara Amerika Syarikat, kejatuhan sistem ekonomi telah menafikan penglibatan pengundi dalam proses pemulihan ekonomi. Rakyat tidak diminta untuk memilih membenarkan wang negara digunakan untuk menyelamatkan institusi yang merosakkan sistem kewangan itu sendiri. Kepala-kepala institusi kewangan terus dibayar dengan upah dan ganjaran yang begitu tinggi dan akhirnya proses kejatuhan menjadi fenomena betrerusan. Kita perhatikan setiap negara yang pernah runtuh ekonominya akan terus menerus melalui proses kejatuhan dengan sendirinya. Negara negara ini telah menunjukkan bahawa sistem politik yang diterima ramai telah pun gagal. Negara yang ditimpa kesengsaraan masing-masing hanya memerhatikan jurang dalam kejatuhan kewangan, kebangkrapan negara dan ketidaksepaduan sosial, tidak mampu untuk membuat apa-apa tindakan bagi mencabar apa yang telah gagal (conventional wisdom).

Kerajaan Amerika Syarikat di bawah George W. Bush dan Dick Cheney mengepalai perlumbaan membawa negara itu ke lembah kemerosotan yang hina. Kedatangan Presiden Obama tidak membawa banyak perubahan kerana sistem yang ada telah tertanam, berakar dan sebati dengan sistem yang akan membawa keruntuhan negara itu. Presiden baru dilantik secara lantang kononnya untuk menunjukkan kepandaian tetapi tidak berjaya kerana Obama sendiri dikelilingi oleh orang yang sudah lumpuh pemikiran. Dalam undian melihat pandangan awam, rating bagi Presiden obama telah jatuh di bawah 50%, ini memperlihatkan kemarahan rakyat Amerika kepada kegagalan kerajaan menangani isu ekonomi.

Bagaimana untuk menaikkan kembali populariti presiden tanpa mengusik apa yang ada di Amerika? Apakah sifat sepunya yang ada pada rakyat Amerika? Setelah diselidiki kita dapati orang Amerika sukakan ‘heroeism’ dan konsep ini menjadi karakter utama dalam pembikinan filem di Hollywood. Jadi, rakyat Amerika dibawa untuk menuntun presiden Amerika dengan tekun menuntun lakunan ‘pembunuhan’ Osama di Pakistan. Obama seroang pelakon pembunuhan Osama. Secara mendadak Obama mendapat pujian dari dalam dan luar negara, tetapi rakyat Amerika tidak tahu bahawa mereka sebenarnya telah tertipu. Obama mengolahkan supaya lakonan ini dilakukan tanpa mengorbankan satupun nyawa tentera Amerika dan beliau sendiri terlibat dalam lakonan tersebut walupun tidak berada ditempat lokasi lakonan.

Renungkan lakonan Amerika dan konco-konconya.

2 comments:

nurul farahain said...

Prof tentang 9/11 attack, saya pernah juga terfikir. bukankah mereka ada tentera udara yg cekap utk halang kapal terbang yg 'dirampas' itu? Pelik sangat la.

Pena Agrofarm said...

Allah telah menghantar taufan Sandy