About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Wednesday, August 4, 2010

...sambungan artikel Persediaan Menghadapi Kemusnahan Sistem Demokrasi dan Kewangan Dunia..

...... Di awal kurun ke 15, emas dan perak menjadi piawai matawang. Nota dolar Amerika boleh ditukar ganti dengan emas atau perak. Sesiapa yang memiliki kertas nota yang dikeluarkan oleh bank boleh mendapatkan emas atau perak mereka. Mengikut undang-undang, bank “berhutang” emas atau perak dengan pemegang resit simpanan atau ‘nota janji’. Nota janji menjadi wang kerana emas diterima umum ketika itu dan diterima sebagai logam yang berupaya menyimpan nilai dan sebagai alat pertukaran. Duit dolar Amerika ini secara teknikalnya adalah “nota”. Ini menandakan bank atau tempat simpan emas ada menyimpan wang emas dan boleh dituntut kembali emasnya oleh pembawa “nota”. Jika diteliti pada Dolar Amerika, ada tercatat diatas wang kertas ini “Federal Reserve Note.” Di zaman dahulu nota ini dinamakan “silver certificate” or “Gold Certificate.” mengikut undang-undang, nota ini adalah instrumen bukti pengesahan hutang. Jadi, Dollar Amerika adalah “nota hutang”. Sekeping kertas menyatakan bank berhutang kepada pembawa nota mengikut jumlah tercatat pada kertas sebagai “wang”.

Sebenarnya wang kertas dolar Amerika dan mana-mana wang kertas dunia yang lain adalah ‘nilai khayalan’ disokong dengan undang-undang tetapi bukan berasaskan kepada apa yang kita faham akan “nilai” tetapi sebaliknya nilai ini hanyalah “HUTANG” Sekarang ini Dolar Amerika adalah matawang dunia utama dunia yang mendominasi hampir seluruh matawang dunia yang lain. Lebih daripada 80 peratus perdagangan dunia didagangkan menggunakan dolar Amerika, juga dikenali sebagai “Wang Moden”. Ringgit Malaysia adalah matawang Malaysia yang disandarkan kepada Dolar Amerika. iaitu 1 USD = RM3.20 Masyarakat Malaysia telah mempercayai bahawa wang kertas dolar Amerika ini mempunyai nilai dan nilai ini pula mempunyai ilmu sihir yang menyatakan satu keping dolar Amerika ini bersamaan lebih daripada tiga keping Ringgit Malaysia. Sungguh menakjubkan! Satu lagi perkara yang sungguh menghairankan ialah kos mencetak 1 nota dolar Amerika bernilai 4 sen dolar Amerika. Kertas yang sama kemudiannya ditulis dengan nombor 20 nota dolar Amerika. Kos mencetaknya juga sama dengan kos mencetak 1 nota dolar Amerika. Jika kita ambil 1 dolar untuk mencetak 1 dolar Amerika, mengapa kertas yang sama boleh memberi nilai 20 dolar Amerika, dari mana datangnya 19 dolar Amerika lagi. Perkara yang sama berlaku kepada wang kertas 100 nota dolar Amerika. Bukankah ini ilmu sihir yang nyata? Sekarang cuba bandingkan dengan wang Rupiah dan Ringgit Malaysia. Bukankah ianya sama sahaja?

Bank Menjana Hutang

Masalah utama yang ada pada sistem wang kertas sekarang adalah keupayaan wang kertas sebagai pemegang nilai (store of value). Masalah yang dimaksudkan ialah wang sebagai pengukur kekayaan sudah tidak relaven lagi kerana kekayaan berdasarkan wang kertas kini berada dalam bahaya di bawah rejim kewangan yang sudah tidak mempunyai integriti lagi. Regim kewangan kini sudah tahu bahawa semua mata wang sekarang ini berada ditahap hutang diluar kawalan kerana pertukaran fiat di dunia dibenarkan untuk "mengapung" dan terkeluar daripada sistem kawalan kewangan antarabangsa (contohnya, kadar pertukaran ditentukan oleh permintaan dan tawaran relatif dari mata wang tertentu). Apa yang berlaku sekarang adalah "wang kerajaan Amerika" (instrumen hutang) iaitu dolar Amerika tidak lagi dianggap sebagai suatu yang bernilai sebaliknya membawa risiko kredit yang besar dan ramai pemegang asing mula menjual dolar untuk mata wang lain. Kemana perginya kepercayaan dunia kepada nilai dolar Amerika? Ya! Kini sudah ramai orang atau pengguna sudah celik dan dapat melihat bahawa dolar Amerika ini mempunyai nilai relatif yang menyusut terhadap mata wang lain di dunia. Ini bererti dolar Amerika membeli barang atau perkhidmatan asing kurang dari sebelumnya, iaitu, import menjadi lebih mahal bagi mereka. Apakah waras bagi pemerintah di Nusantara ini untuk terus menyokong mata wang dolar ini dengan nilai wang kertas yang sudah jelas berterusan menyusut? Ahli politik dan pemimpin tahu perkara ini tetapi mereka tidak berani bertindak untuk menolak dolar Amerika? Tahukah kita mengapa pemimpin negara di Nusantara menjadi begini? Sekiranya mereka tidak tahu, kita perlu memaklumkan kepada mereka supaya mereka boleh membuat tindakan yang sewajarnya.

Masalah utama dolar Amerika adalah apabila wang kertas dolar Amerika menggantikan emas dan sejak peristiwa Bretton wood, dolar Amerika dan juga wang kertas dunia lain tidak lagi mempunyai sandaran emas. Berkembangnya sistem wang kertas (fiat money) bersama institusi perbankan yang mendokong merebaknya amalan riba dan menjadi simbol sebuah institusi riba yang menjana wang lebihan. Institusi bank berhak, malah bebas daripada pemerintah untuk menentukan tahap susut dan lebihan nilai dalam percetakan wang. Sebenarnya dolar Amerika kini tenat. Status dolar Amerika sebagai matawang perdagangan antarabangsa yang utama secara beransur-ansur mula diganti dengan Euro, Yen dan Yuan. Hutang Amerika sahaja telah melebihi hutang dua negara Mexico dan Argentina digabungkan. Hutang penduduk Amerika Syarikat pada 19 Julai 2010 pada pukul 06:21:09 pagi GMT tercatat berjumlah US$13,254,108,861,864.44. Jika dianggarkan jumlah penduduk Amerika Syarikat ialah 308,767,274 maka setiap penduduknya kongsi berhutang sebanyak US$42,925.88. Setiap anak yang dilahirkan di Amerika akan menanggung hutang sebanyak itu. Hutang negara Amerika terus meningkat pada kadar purata US$4.15 billion setiap hari sejak 28 September, 2007. Siapakah yang ambil peduli tentang perkara ini? Sebab itulah Amerika perlu bekerja keras untuk terus mendominasi dunia demi memastikan ekonomi negaranya terus mampu bertahan untuk membayar hutang negara yang tidak mungkin boleh dibayar lagi. Amerika akan terus mencetak wang kertas malah sekarang bukan wang kertas lagi tetapi unit tercatat pada skrin komputer. Manipulasi dan spekulasi sistem kewangan terus berlaku.

Dolah Menguap

Menurut teori asas ekonomi, kestabilan sesebuah ekonomi negera itu bergantung kepada lebihnya jumlah pengeluaran dibandingkan dengan perbelanjaan. Berdasarkan kepada keadaan sekarang, jelas kita dapati Amerika adalah negara yang mempunyai defit yang terlalu tinggi. Ini adalah petanda yang amat jelas dan jumlah ini tidak akan menyusut sebaliknya akan berkembang secara eksponen. Sebab itulah maklumat ekonomi dengan banyaknya menyatakan bahawa masalah deficit Amerika ini tidak dapat diturunkan lagi kerana ianya sudah terlalu besar dan perlu dibayar kembali. Kita dapati semakin bertambah banyak wang dolar Amerika akan beredar di pasaran digunakan untuk membayar deficit hutang negara. Inilah amaran dan petanda pertama kepada keruntuhan ekonomi Amerika yang akan datang.

Di sini kita ingin membuat beberapa andaian tentang apa itu keruntuhan atau kehancuran sistem matawang kertas atau kehancuran sistem ekonomi berteraskan wang kertas. Sebenarnya sudah terlalu banyak cacatan sejarah yang memberi petunjuk kepada kita tentang kegagalan sistem wang kertas. Di Semenanjung Tanah Melayu, datuk nenek moyang kita telah merasai bagaimana ‘banana money’, wang kertas Jepun sewaktu penjajahan mereka di Tanah Melayu tidak diterima (tidak laku) setelah tamatnya perang dunia kedua dengan kekalahan Jepun. Wang negara Kuwait tidak bernilai langsung setelah negara itu ditakluki Iraq dan kini berlaku pula kepada wang kertas Zimbabwe tanpa ada sebarang peperangan pun. Statistik menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 15 buah negara telah mengalami kegawatan ekonomi yang menyebab keruntuhan nilai wang kertas mereka.

Semua wang kertas didunia ini boleh dikategorikan kepada dua kategori sahaja iaitu, kategori pertama adalah mereka yang telah gagal dan kategori kedua adalah mereka yang akan gagal. Mereka yang telah gagal di masa lalu (termasuk mata wang Amerika Syarikat) akan terus mengalami penyusutan atau kehilangan nilai. Kerajaan persekutuan negara tersebut akan terus meningkatkan kewajipan untuk membayar hutang. Masalah kemelesatan berterusan berlaku di Indonesia, di Greece, di Mexico dan banyak lagi. Inilah yang dikatakan wang kertas dan sesistem dengannya sebagai berpenyakit kanser, sejenis penyakit yang apabila telah sampai kesatu peringkat, dia sudah tidak boleh diubati lagi. Sistem wang kertas berteraskan kepada dolar Amerika sudah tenat diserang ‘penyakit kanser’ yang hanya menunggu masa untuk dikebumikan (Lihat bab dolar Amerika Tenat). Oleh itu, kita harus bersedia untuk menerima pemergian dolar Amerika dan sistem wang kertas dengan tangan terbuka dan perlu bersedia dengan penggantinya. Seluruh matawang dunia mengambil dolar Amerika sebagai sandaran matawang mereka dan merosotnya nilai dolar maka merosot jugalah nilai matawang negara mereka. Sebab itulah tidak ada negara didunia ini yang mahukan dolar Amerika ini terus menyusut. Tetapi mereka lupa bahawa sistem wang kertas ini berteraskan riba dan riba itu diperangi Allah dan RasulNya dan sesungguhnya kemenangan sudah pasti dipihak Yang Maha Berkuasa.

JADUAL 1: HUTANG LUAR NEGARA

RM (Juta / Million)
Tahun / Year Hutang jangka sederhana dan panjang1 Hutang jangka pendek2 Jumlah
Kerajaan Persekutuan PABK3 Sektor swasta4 Jumlah kecil Sektor perbankan5 Sektor bukan bank Jumlah kecil Total
2000 18,821 59,566 65,077 143,465 9,271 8,329 17,600 161,065
2001 24,328 67,415 57,604 149,346 11,926 12,147 24,072 173,419
2002 36,283 64,330 52,612 153,225 21,894 10,541 32,435 185,660
2003 37,284 59,535 56,417 153,236 23,321 10,179 33,500 186,736
2004 34,654 62,244 59,951 156,849 35,333 8,404 43,737 200,586
2005 30,000 56,233 64,513 150,746 38,871 8,082 46,953 197,698
2006 25,005 50,378 66,322 141,704 28,812 13,988 42,800 184,505
2007 19,602 41,854 71,521 132,978 42,134 12,334 54,468 187,445
2008 6 a 20,316 59,640 75,672 155,628 72,153 7,859 80,012 235,640

Nota:
1 Hutang jangka sederhana dan panjang merupakan hutang yang berjangka lebih daripada satu tahun.
2 Hutang jangka pendek merupakan hutang yang berjangka setahun atau kurang.
3 Terdiri daripada kedua-dua hutang Perusahaan Awam Bukan Kewangan yang dijamin dan tidak dijamin. Sehingga 1982,
hutang PABK yang tidak dijamin dimasukkan di bawah sektor swasta.
4 Termasuk hutang PABK yang tidak dijamin sehingga 1982.
5 Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin .
6 Mulai suku pertama 2008, data hutang luar negeri Malaysia telah ditakrifkan semula untuk mengambil kira entiti di Pusat
Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) sebagai pemastautin.
a Awalan
Note:
1 Medium and long-term debt refers to debt with tenure of more than one year.
2 Short-term debt refers to debt with tenure of one year and below.
3 Includes both guaranteed and non-guaranteed debt of Non-Financial Public Enterprises. Up to 1982, the non-guaranteed
debt of the NFPEs were classified
under private sector. Malaysian Airline System Berhad has been reclassified as an NFPE instead of private sector in 2001.
4 Up to 1982, includes the non-guaranteed debt of the NFPEs.
5 Excludes currency and deposits held by non-residents with resident banking institutions.
6 Effective from the first quarter of 2008, the external debt data of Malaysia has been redefined to treat entities in Labuan
International Business and Financial Centre (Labuan IBFC) as residents.
a Preliminary
Sumber: Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia
Source: Ministry of Finance, Bank Negara Malaysia

Pembeli hutang persekutuan secara perlahan-lahan akan berundur dari membeli hutang jangka panjang dan akan sampai pada waktunya meraka tidak lagi mahu membeli hutang termasuklah hutang jangka pendek. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Yang pasti adalah kerajaan akan mula membeli hutangnya sendiri dengan mengeluarkan wang kertas baru. Apabila ini berlaku, wang kertas negara tersebut akan bertambah dalam kitaran ekonomi dan ini membawa kepada kehilangan lebih banyak nilainya. Ketika orang awam mula sedar bahawa penerbitan wang kertas berada di luar kawalan, dan yang memegang wang kertas merasa nilainya menyusut nilai hari dan minggu. Dalam masa tertentu, akan berlaku kehilangan keseluruhan nilai. Mereka sudah pasti akan berusaha untuk menukar wang kertas kepada aset yang menyimpan nilai. Untuk melakukan ini, mereka harus mengeluarkan wang tunai mereka dari bank dan institusi lain dan mengubahnya menjadi sesuatu yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku dengan tiba-tiba atau serentak orang awam mahu mengeluarkan wang simpanan mereka secara serentak, institusi perbankan akan lumpuh dan bankrap. Inilah yang berlaku di Amerika dalam tahun 2008. Bukankah ini telah berlaku dan akan terus berlaku, maka bersedialah untuk menghadapi kehancuran sistem kewangan kertas ini.

Sebenarnya bank tidak mempunyai wang kerana wang yang kita simpan dikeluarkan untuk dipinjamkan dengan faedah. Untuk melindungi institusi ini pemerintah terpaksa membuat undang-undang melarang menghebahkan berita bahawa institusi perbankan tidak mempunyai wang yang cukup. Kita tidak boleh secara terbuka menghebahkan bahawa bank tidak mempunyai wang yang cukup dan perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang itu dipenjarakan. Dimanakah demokrasi yang diperjuangkan sedangkan rakyat dihalang untuk menyuarakan kebenaran?

Bilakah keadaan ini akan terjadi? Sebenarnya ada beberapa pendekatan yang boleh kita gunakan untuk menentukan atau meramal proses kehancuran sistem matawang kertas ini. Pertamanya, oleh kerana untuk memulakan masyarakat menerima sesuatu yang tidak bernilai sebagai wang ia telah melalui proses perubahan secara berangsur-angsur dengan dibantu oleh penguatkuasaan undang-undang. Keduanya, penguasaan dunia melalui sandaran matawang negara didunia membolehkan dolar Amerika dicetak dengan begitu banyak kerana wang ini telah menjadi sandaran kepada wang nasional. Dengan ini seluruh negara di dunia akan melindungi dolar Amerika. Inilah yang dikatakan bahawa Amerika melindungi negaranya melalui proksi. Ketiga, memastikan kepimpinan di seluruh dunia mengamalkan sistem demokrasi dengan menjadikan kapalisme sebagai pegangan agamanya dan toleransi sebagai budaya kehidupan. Ini bagi memastikan agama dan politik tidak disatukan, pemimpin boleh ditaja atau dibeli untuk terus mempertahankan status keberhutangan negara. Memastikan pemimpin yang terpilih meneruskan pembayaran hutang negara kepada IMF dan World Bank. Keempatnya, semua negara perlu mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar kepada isu yang remeh. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti hiburan, sukan dan masalah social. Kesemua aktiviti ini akan menutupi isu sebenar supaya anak muda tidak ada masa untuk memikirkan peranan mereka dalam membangunkan dunia mereka dimasa hadapan, mereka akan dihiburkan dengan industri musik dan perfileman yang tidak putus-putus dikeluarkan, seterusnya mereka yang kurang displin disumbat dengan dadah dan gejala diluar tabii manusia. Akhir sekali, memastikan institusi riba terus diperkukuhkan dengan berbagai pendekatan pada waktu yang sama memastikan bahawa rakyat terus dibendung oleh sistem nilai yang tidak menentu supaya rakyat menjadi manusia yang lemah. Walau apa yang mereka lakukan untuk mengawal sistem kewangan berteraskan riba ini, yang pasti dolar Amerika akan pasti ‘menguap’.

Perhatikan bagaimana institusi bank kini sudah menjadi ibarat rumah ibadah. Jika setiap minggu umat Islam berbondong-bondong menuju ke masjid menunaikan solat Jumaat, bagi agama Kristian setiap hari Ahad mereka ke gereja, bagi institusi bank pula manusia beratur di bank setiap hujung bulan. Bagaimana kita harus lakukan untuk mengubah keadaan ini? Kita semua tahu melalui banyak ramalan ekonomi bahawa penguasaan perbankan ini akan tamat tidak lama lagi. Kita tidak mahu mengikuti atau terlibat dengan peristiwa berbaris panjang di bank bersama orang yang cuba untuk mendapatkan wang mereka keluar sementara masih mempunyai beberapa nilai. Dalam masa terdekat wang kertas akan diterbitkan dalam denominasi yang lebih besar dan lebih besar dan lebih besar. Perhatikan wang Indonesia, Wang Zimbabwe, wang Bosnia dan lain-lainnya. Makanan dan keperluan lain dari kehidupan akan meroket (memuncak) harganya. Pihak kerajaan akan mengumumkan hari cuti bank dan pemerintah akan melakukan sesuatu sementara cuba untuk mengawal keadaan panik. Penguatkuasa undang-undang akan dilaksanakan bagi menyekat berapa banyak wang yang boleh dikeluarkan pada suatu masa. Sedangkan wang yang ada di bank itu adalah wang rakyat bukan wang kerajaan atau wang milik bank. Dengan kuasa poliik usaha-usaha akan dilakukan untuk "membekukan" harga makanan konon untuk melindungi rakyat. Pembayaran untuk semua barangan, perkhidmatan akan meningkat berlipat kali ganda dan keadaan ini akan berlaku. Semuanya akan meningkat dengan kadar yang tidak terkawal. Tak lama kemudian, wang kertas yang rakyat pegang tidak lagi boleh membeli hal-hal yang mereka perlukan. Akan sampai pada waktunya wang dolar Amerika $1,000 tidak akan membeli sepasang kasut. Inilah yang dimaksudkan dengan dolar Amerika itu sudah ‘menguap’. Wang dolar Amerika berpenyakit kanser dan dalam keadaan tenat untuk mengembuskan nafas terakhir.

Yang pasti, dalam masa terdekat ini kita dapati orang yang memiliki tabungan wang dolar (wang kertas) akan menjadi miskin sebaliknya orang yang memiliki emas dan perak, tanah dan komoditi berintrinsik akan menjadi kaya. Kita akan dapati sitem barter mungkin kembali untuk barang dan perkhidmatan. Yang jelas akan rugi adalah mereka yang terus menerus memegang kertas yang mereka rasakan berharga sedangkan kepercayaan kepada wang kertas sudah tidak ada lagi. Cubalah kita bayangkan keadaan dimana wang kertas dan wang elektronik tidak memberi apa-apa makna lagi. Apa yang kita ada sebagai alat tukar untuk mendapatkan makanan bagi menghilangkan kelaparan? Apakah yang akan terjadi apabila berlaku keadaan dimana wang kertas sudah tidak boleh membeli makanan untuk mengatasi masalah kelaparan? Perubahan keadaan kepada suasana dimana manusia tidak boleh membeli roti atau nasi dibandar-bandar besar, sudah tentu akan menjadikan tempat atau bandar itu satu tempat yang sangat merbahaya. Oleh itu, bagi mereka yang ada mata boleh melihat, yang ada telinga mendengar dan ada anggota untuk bertindak, maka bertindaklah dari sekarang bagi membuat persediaan menghadapi masa depan dan seterusnya dapat mengelakkan aspek yang paling parah dari senario ini. Terserah kepada diri masing-masing individu atau amir masing-masing atau sultan masing-masing untuk merancang ke depan cukup awal untuk bertahan hidup. Dalam bahagian berikunya, kita akan bincangkan beberapa program menyarankan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh setiap individu, oleh setiap pemimpin dan setiap komuniti.

.....Bersambung..

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum prof..
The great artical ;)