Setelah tamat pengajian ijazah drp University of Nottingham dalsm bidang matematik, harapan sangat tinggi utk kembali berkhidmat sebagai seorang guru. Saya tamatkan latihan pendidikan guru di UKM. Pada masa latihan, saya telah mendapat elaun RM900. Sudah cukup duit sebanyak itu pada waktu hidup ketika bujang. Setelah dipenghujung latihan guru, terdapat beberapa rakan yg keluar drp pengajian diploma prndidikan dan berkhidmat dengan beberapa syarikat luar seperti Proton, Kedah Cement, Petronas, Bank dan lain2. Kawsn2 rapat saya juga dah dpt gaji yang jsuh lebih tinggi dibsndingkan dgn gaji seorang guru. Terasa juga untuk mencuba.
Pada satu mlm selepas pulang drp surau, kami berkumpul di rmh anak2 bujang lepasan UK. Perbincangan mlm tu semuanya berkisar mcmana kak cari kerja lain dsn langgar saja kontrak penaja biasiswa. Azrul sahabat karin saya batu dapt tawaran kedah crment n dia katakan syarikat ini akan mohon pindak kontrak. Ada yg mencadangkan kita semua keluar drp kpm dan cari kerja lain. Mcm syarikat dan institution lain yang dicadangkan. Mlm itu, saya tsk boleh tidor memikirkan profesion apa yg boleh saya ceburi. Bagsimans kehidupan sebagsi seorang pegawai di syarikat besar, dgn lulusan matematik kerja apa yg boleh fi buat? Perasan takut juga ada. Klu fi industri perbankan, bolehkah saya atasi tugas yg mencabar ini. Tak senang duduk juga memikirkan hala tuju masa depan. Apakah tugas guru tak mencukupi? Apakah klu cari kerja lain bagaimana dgn bayaran gantirugi dgn kpm? Semua persoalan ini terlintas dalam kepala. Dari hari kehari saya dapati kawan sekolej di UK kini dah dpt kerja luar. Semangat utk keluar juga disokong dgn berita bahawa besar kemungkinan kami akan di hantar ke sabah atau serawak. Saya tak mahu lagi berjauhan dgn emak dan ayah.
Saya akhirnya bertekat utk ikut sama cari jalan keluar drp menjadi guru. Berita bahawa brberaps universiti sedang mencari pensyarah matematik. Saya pun tanpa pikir panjang, pergi ke utm jln semarak dan berjumpa dgn ketua jabatan matemstik. Ketika itu, ketua jabatannya adalah Dr Hj Abdullah Tahir. Saya perkenalkan diri dan menyatakan hasrst utk mohon jawatan Penolong Pensyarah A dgn gaji RM1060.00 (Satu Ribu enam puluh ringgit sahaja). Dr Abdullah sangat baik orgnya dan menceritakan tentang aliran profesion seorang pensyarah. Beliau memberi semangat untuk saya mohon jawatsn Pensyarah di utm dgn kadar segera. Saya terus diberkan borang untuk diisi dan meminta ssya menyerahkan borang tersebut dgn kadar segera. Dalam masa dua minggu sahaja, saya dapat surat panggilan temubual dgn TS Ainuddin Wahid, VC utk ketika itu.
Majlis temual dgn TS Ainuddin Wahid berjalan lancar. Temubual itu hanya perbualan biasa, pihak TS nk tahu sudi tak pindah ke jb kerans utm aksn membuka kampus baru di sana. Saya ada maklumksn kpd TS bahawa saya sedang membuat diploma pendidikan di ukm. Beliau menasihati saya utk teruskan kursus diploma pendidikan hingga tamat. Temubual yg berlangsung tidak sampai setengah jam. Keluar sahaja drp bilik temubual, sudah terasa permohonan saya diterima, insyaAllah. Benar sekali keyikinan mendapat jawatan itu ditetima dalam masa 2 minggu. Setelah mendapat surat tawaran tersebut, saya perhi kepejabst Kpm utk menyatakan penerimaan tawaran pensyarah. Malangnya pegawai kpm telah menyatakan bahawa pihak kpm telah membuat keputusan tidak membenarkan berpindah drp guru kepada pensyarsh universiti, walaupun utm juga dibawak kpm ketika itu. Beliau memberi amaran jika teruskan juga pihsk kpm akan menghantar surat saman. Ketakutan terasa ketika itu, tetapi semangat itu menjadi pensyarah sgt kuat, isu kena kerja di sabah atau serawak juga menjadi faktor utama.
Pensyarah Wajib Tambah Ilmu
Setelah menerima bertugas di utm, saya mula belajar menjadi seorang pensyarah. Pada mulanya saya diberikan tugas untuk mengajar satu subjek sahaja. Setelah dua tahun bekerja di utm, saya diminta untuk membuat masters di england dalam bidang statistik. Saya dapat tawaran buat masters dalam bidang statistics with Operational Research di loughborough universiti. Selepas setahun, dalam tahun 1986 saya kembali ke Malaysia dgn ijazah masters. Pengalaman kurang sihat ketika menghadspi peperiksaan akhir ijazah sarjana ini tidak dilupakan. Peperiksasn subjek OR terpaksa diambil di klinik LUB. Ketika menjawab soalan, pengawas peperiksaan saya telah memerhatikan keadasn saya dan membuat keputusan membstalkan peperiksasn tersebut. Katsnya saya tak fit nk jawab kertas tu dan dia akan maklum pd pihak jabatan. Setelah saya sihat kembsli, pihak jabatan tidak memberi kertas peperiksaan baru utk dijawab tetapi memintak saya berdepan dgn 3 panel pemetiksa, seperti sebuah viva. Dihadspan 3 dr dan profesor saya ditanya tentang subjek or yg saya pelajari secara lisan dan meminta saya menjawabnya di papan hitam. Tidak dpt dilupakan betapa gemuruhnya perasaan ketika itu. Saya bertawaqal sepenuhnya kpd Allah dan yakin boleh jawab semua perkara yg dipelajari. Alhamdulillah, saya diumumkan lulus sujek OR. Begitulah keadaan di lut yg sgt glexible dalam keadaan pelajar tidak dpt mengambil peperikdaan kerana sakit. Ini pengajaran buat saya.
Pengalaman membuat ijazah sarjana di lut ini membuat saya tsk nk lg belajar. Tepati setelah tahun bertugas, terasa juga untuk mendapat ijazah kedoktoran. Peluang utk naik pangkat ke profesor madya dan profesor penuh juga menjadi perangsang. Di utm, pensyarah digalakkan menambah ilmu. Tidsk cukup dgn ijazah sarjana tetapi perluksn ijazah kefoktoran. Jadi dlm tahun 1989 bulan november, saya bersama isteri berangkat ke uk sama2 buat phd. Tetapi, saya dpt tempat di Newcastle u manakala isteri dapat tempat d lut. Dengan tiga org anak yg kami bawa bersama, tugas belajar sambil menjaga anak2 ini sangat mencabar. Isteri yang membuat phd dalsm bidsng kimia memerlukan berada di makmal hingga lewat malam sedangkan saya duduk berjauhan iaitu tidak kurang 3 jam perjalsnan keretapi. Saya membuat keluputusan utk menamatkan pengajian di newcastle u dan berpindah ke lut. Nasib baik ada pendyarsh drp greece, dr Vinokolikolis sanggup menerima saya. Saya pun membuat permohonan rasmi dgn pihak utm dsn jpa utk berpindah ke lut. Dalam masa 3 bulan saya akhirnya mulakan pengsjian di lut.
Semua kesukaran itu mesti ada kebaiksnya. Kesukaran diawal latihan ijazah kedoktoran ini memberikan byk dugaan dan diharspakan tidak ada lagi dugaan dlm mencari ilmu baru dsn melatih diri utk menjana ilmu baru. Kajian statistik data berkategori sangat saya minati dan tidaklah mencabar sangat. Bidang ini agak baru khasnya apabila dikaitkan dengan data gabungan data berkategori dan tidak berkategori. Kajian awal saya mendapati model yg digunakan boleh ditsmbah baik malah beberapa model baru boleh sahaja dibangunkan. Profesor penyelia saya cekap orangnya dan hasil yang diperolehi dikumpul dgn kemas dan berpotensi mendapat hasil yg boleh diterbitkan peringkat awal sebagai foundasi kajian.
Setelah hampir setahun saya belajar dengan penyelia ini, saya dikejutkan dengan berita bahawa beliau dapat tawaran kerja di UN. Saya dipanggil untuk berbincang tentang kedudukan beliau sebagai penyelia secara jarak jauh. Pada awalnya kami bersetuju tetapi pihsk lut tidak membenarkan kerana beliau tidak lagi seorang ahli akademik dan saya diminta mencari penyelia baru di lut. Jika perlu beliau menjadi ko penyelia, pihsk lut mengizinkan. Peristiwa ini betul2 menjadi masalah kerana d jbtn matematik lut tidak ada yg sudi menjadi penyelia. Saya telah tamat 1 tahun biasiswa hanya tinggal 2 tahun lagi plus 1 tahun tsmbshan jika perlu. Kalam keadasn ini, tidak ada sispa yg sudi menjadi penyelia utama. Pihak pendaftar lut telah mrmanghip saya dan memintak saya mencari penyelia di luar jabatan matematik.
Saya telah maklumkan keadasn ini kepada jabatan matematik utm. Mereka menasihatkan saya mencari tempat diuniversiti berhampiran. Saya mencuba d beberapa universiti terdekat drperti uni of Leicester dan universiti of nottingham. Tetapi kedua2nya tidak ada. Akhirnya saya dapat maklumat drp pendaftar utk berjumpa dgn Mr David Johnson di Lubs ( Loughborough university business schoo). Saya telah berbincang dgn David Johnson yg sudi menjadi penyelia tetapi beliau meminta saya membuat bidang baru yang sedang beliau kaji iaitu Heuristic Approach for Solving Scheduling Problem.
Saya tidak ada pilihan. Saya wajib terima kerana tidak mahu nanti pulang tak dapat PhD. Saya tidak mahu dipandang dikalangan staf di utm sebagai staf gagal. Saya tahu ramai yg suka kita gagal, bila gagal ramai yg tepuk tangan. Saya nk balik dgn ijazah kedoktoran. Saya terima kajian bidang baru ini walaupun bukan bidang statistik tetapi dibawak skop penyelidikan operasi yg juga subbidang matematik. Topik ini lebih kpd masalah pengoptimuman dan menyelesaijan masalah scheduling.
Saya telah memaklumkan kepada pihak jpa dan utm. Sungguh mendukacitakan, puhak utm tidak meluluskan perpindahan drp buat phd d dept of maths lut ke lubs. Mereka tidak bersetuju dgn topik kajian kerana mengikut jabatan dan fakulti sains ia bukan topik matematik. Sedang topik pengoptimuman heuristik itu juga dalam skop matematik gunaan. Kegagalan pihak ketua jabatan, dekan dan akhirnya utm memahami isu topik dan keadaan, mereka telah membuat keputusan membatalkan biasiswa dan diikuti oleh pihak JPA. Saya telah menulis surat menyatakan bukan salah saya penyelia pindah ke Itali, bukan salah saya tidak ada penyelia di jabatan matematik lut, bukan pilihan saya utk tukar topik kajian. Walaupun saya berjanji dan tekat akan dpt phd dlm tajuk baru ini. Saya yakin boleh saya belajar dan berjaya.
Keputusan memotong biasiswa sungguh menggangu pejalanan kehiupan d uk. Saya tabah, saya sabar dan saya tak nak dimalukan bila balik nanti. Org tak ambik tahu kesah saya jika gagal. Yg mereka nsmpak nanti saya gaga. Dengan bekal masa 2 tahun saya teguhkan hati hingga saya berjaya. Berbagai surat ditulis kepada pihak utm dan agensi2 lain untuk mendapatkan bantuan kewangan utk sara hidup di uk. Saya terus belajar dgn david johnson ini, rujukan bab heuristic dalam tahun 1990 terlalu terhad. Tidak bank kertas rujukan tentang topik ini. Dengan bimbingan David, saya berjaya menghasilkan kertaskerja pembentangan di persidangan antarabangsa di London. Saya telah terbit kan teknikal report utk LuB.
Di hujung tahun tahun, setelah hampir setahun saya berguru dgn david johnson, saya dpt berita Dtk Riduan VC utm akan dtg melawat pelsjar2 di uk dan akan berjumpa dgn staf utm yg buat phd. Saya ke Manchester utk berjumpa dgn dtk vc. Saya dipanggil mengadap dan memberi penerangan perkembsngan pelajaran saya. Saya masih ingat ketika itu, dihadiri oleh en tajuddin, dtk Mohd Noor TNC pembangunan dan dtk vc. Saya menceritakan kemajuan penyelidikan dan penerbitan yg telah saya buat dlm masa setahun dgn David johnson di lubs. Dan saya menyatakan keyakinan mendapat phd. Dtk vc terkejut mendapat tahu saya tidak ada biasiswa selama setahun. Saya masih ingat beliau mintak dtk mohd noor utk menyambung kembali biasiswa. Setelah selesai pertemuan tersebut barulah saya faham perkara sebenar, bahawa keputusan utk tidak meluskan datangnya drp pihak jabatan dan fakulti dan pihak tnc terpaksa membuat keputusan selari dgn keputusan fakulti.
Sehingga kini saya terhutang budi dgn Dtk Riduan vc utm ketika itu. Beliau membust keputusan on the spot. Teringat kata2nya, “why?.. reinstate the scholarship! Alhamdulillah pihsk utm tidak dpt membayar yuran yg lepas tetapi menyambung kembali yuran pengajian. Setiap kali apabila berjumpa dgn dtk riduan kita bercerita tentang perkara inindan beliau sendiri masih ingat.
Begitulah satu bab yang boleh dikongsi dalam proses mencari ilmu. Saya menjadi lebih matang dalam banyak hal. Rupanya utk mendapat ilmu itu, dugaannya bukan terhad kepada madalah dalam pengajian itu sahaja. İsu biasiswa yg saya alami adalah hasil perbuatan org lain bukan kesalahan saya pun. Dugaan membesarkan anak, dugaan mengagihksn masa belajar sambil menjaga anak kerana isteri byk menghabiskan masa di makmal. Jam 3 petang saya sudah kesekolah ambil anak dan beri mereka makan dan terpaksa meneruskan kajian dirumah sambil menjaga anak.
Oooooo
Profesion Pensyarah
Sejak saya mencebur diri dalam profesion pensyarah, banyak yg diperolehi. Ia ada profesion yang penuh dgn cabaran. Ia bukan sebuah profesion mudah tetapi sebaliknya. Walaupun ada yang menulis menyatakan kerja beliau relax dan mudah. Beruntunglah kalau dikatakan tugas pensyarah itu relax. Saya menjadi pensyarah sejak tahun 1984 sehingga bersara dalam tahun 2020, saya boleh kongsi tugas dan tanggungjawab yg diberikan senagai seorang pensyarah. Bagi saya profesion sebagai pensyarah agak berbeza drp seorang guru dan pendidik di sekolah, walaupun elemen menyampaikan ilmu itu sama.
Penulisan saya disini cuma perkingsian pengalaman dan besar kemungkinsn tidak selari dgn ramai pensyarah diluar sana. Setiap pensyarah akan di beri tugas untuk mengendalikan satu atau dua subjek dan ada kalanya apabila kekurangan staf, kita diminta mengambil hingga 3 subjek. Itulah realiti sebagai seorang guru di pusat pengajian tinggi dan seringkali tidak ada ruang untuk merunggut. Sesi pengajaran pula terbahagi kepada sesi kuliah dsn tutorial. Setiap subjek akan mengamnil dua atau tiga slot pengajaran bergantung kepada kredit matapelajaran. dengan ini masa pertemuan pelajar antara 10 ke 12 jam. Setiap syarahan atau kulise itu memerlukan masa penyediasn bahan kuliah antara tiga ke lima jam untuk membaca, meneliti dan mengumpul maklumat. Maklumat ditukar dlm bentuk nota ke atas slaids atau transparensi Masa juga diperlukan utk sesi tutorial dan persediaan tutorisl ini tidak kurang banyaknya. Kami sebagai pensyarah sentiada diminta untuk a membaiki nota kuliah dan tutorial. Selepas minggu ketujuh minggu pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan menghantar tugasan mereka. Jika satu kursus mempunyai 130 orang pelajar, jadi mengajar dua kursus akan membawa kepada 230 skrip tugasan untuk diperiksa. Itu belum termasuk lagi kuiz, ujian pertengahan semester, pembentangan, lawatan lapangan, kerja-kerja makmal dan pelbagai keperluan kursus yang lain yang perlu dipenuhi. Sepanjang minggu pengajaran dan pembejaran juga akan berlangsung waktu-waktu perjumpaan dengan pelajar yang hendak bertemu dengan kami untuk menyelesaikan pelbagai isu.
Pada masa yang sama pensyarah harus menyediakan dua set soalan peperiksaan untuk setiap kursus yang diajar jika kursus itu mempunyai komponen peperiksaan. Kemudian soalan peperiksaan itu harus di bawa ke proses vetting untuk memastikan tidak terdapat sebarang kesalahan dalam soalan peperiksaan berkenaan. Jika seorang pensyarah mengajar dua kursus, pensyarah harus menyediakan empat set soalan peperiksaan bersama dengan skema jawapan sekali.
Selepas minggu ke-15, akan diadakan peperiksaan, di mana pensyarah harus menjadi penjaga peperiksaan. Selepas mendapat skrip peperiksaan, akan bermulanya aktiviti menyemak jawapan pelajar, memasukkan markah tugasan dan peperiksaan dalam borang pemarkahan dan menghantarnya kepada staf untuk dikumpulkan. Kemudan pensyarah akan menganalisis dan menulis laporan mengenai prestari pelajar untuk dibentangkan dalam mesyuarat peperiksaan pusat pengajian, dalam mesyuarat ini juga semua pensyarah akan menyemak keputusan peperiksaan semua kursus. Selepas mesyuarat ini diadakan, barulah keputusan peperiksaan akan diumumkan kepada pelajar.
Selepas itu pensyarah akan memulakan kerja-kerja menyediakan fail kursus untuk setiap kursus yang harus memuatkan segala satu maklumat mengenai perjalanan kursus dari minggu pertama hingga mesyuarat majlis peperiksaan. Semua maklumat kursus termasuk slide-slide kuliah, pelan pengajaran dan pembelajaran, senarai kehadiran, contoh kerja kursus dan contoh skrip peperiksaan pelajar harus dimasukkan dalam dokumen berkenaan. Percayalah proses sediakan fail kursus ini akan mengambil sekurang-kurangnya seminggu minggu untuk setiap kursus.
Sepanjang minggu pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung juga kerja-kerja penyeliaan pelajar sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Sekurang-kurangnya seorang pensyarah akan mempunyai tiga orang pelajar sarjana dan tiga orang pelajar PhD untuk diselia. Pensyarah harus menyelia dan menyediakan mereka untuk ke proses proposal defend, membuat pembetulan dan seterusnya membimbing mereka untuk menghadapi viva.
Pada masa yang sama, kami juga harus menjadi penel penilai untuk proposal defend dan viva, jadi kami harus meluangkan masa berjam-jam untuk membaca hasil tulisan dan menulis laporan pelajar sarjana dan PhD untuk membantu mereka menghasilkan hasil kajian yang baik dan berkualiti. Kami juga menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat kajian dan menulis, jurnal-jurnal ilmiah, mencari penerbit, menghantar penerbitan kepada jurnal, membuat pembetulan dan menghantar semula untuk penerbitan.
Pensyarah juga harus mencari tempat persidaangan untuk membentangkan hasil kajian. Pensyarah juga harus mencari idea untuk menulis dan memohon geran universiti, industri, dalam atau luar negara. Selepas mendapat geran, penyelidikan, kerja lapangan dan sebagainya harus dilakukan dalam tempoh masa geran dipohon. Laporan akhir, penerbitan dan menyelia dan menggruaduatkan kan seorang pelajar mengikut keperluan geran harus dilakukan. Kami juga harus menghadiri pelbagai kursus yang diadakan oleh pihak universiti atau pihak luar untuk meningkatkan pengetahuan dari masa ke masa untuk berlari seiring dengan keperluan zaman. Kami juga harus menghadiri majlis graduasi pelajar untuk meraikan mereka. Itu belum lagi aktiviti menyambut tetamu dan delegasi luar negara yang melawat pusat pengajian kami untuk pelbagai tujuan seperti banchmaking, mou, moa dan sebagainya.
Selain bertugas untuk pusat pengajian, kami juga akan melibatkan diri dengan aktiviti universiti dengan menyertai pelbagai aktiviti di peringkat universiti, menghadiri taklimat atau ceramah oleh naib canselor, menjadi AJK untuk kumpulan pelaksaan universiti dan sebagainya. Apa yang saya senaraikan ini ialah hanyalah tugas pensyarah biasa dan bukannya untuk mereka yang berada dalam pengurusan seperti pengerusi rancangan, timbalan dekan atau dekan. Saya sebenarnya sudah penat menulis, saya berhenti di sini untuk memberikan peluang kepada pensyarah lain untuk menulis dan menyenaraikan lagi tugasan lain mengikut keperluan universiti mereka.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment