(Harga buku RM39.90 inklusif kos penghantaran melalui pos laju)
(email kepada: zuhaimyi@yahoo.com atau PM:0197133940))
KATA PENGANTAR
oleh
Yang Berhormat Datuk Haji Nooh bin
Gadut
Penasihat Agama, Majlis Agama Islam Johor,
Pendidikan adalah tiang ilmu dan ilmu adalah tiang peradaban. Jika diperhatikan peradaban manusia, setiap
satunya berkisar disekitar pendidikan.
Sebab itulah pendidikan menjadi teras dalam perkembangan ilmu dan amalan
beragama yang seterusnya membangunkan kemurnian peradaban sesuatu bangsa. Sebab itulah sejarah menunjukkan bagaimana
pemimpin dan masyarakat sangat mengambil berat tentang pendidikan, proses
ujikaji, penulisan dan tidak kurang penghargaan diberikan oleh pemerintah dan
negara terhadap para ilmuan. Pengukuhan
ilmu dikalangan sesuatu bangsa itu akan menjadikan bangsa itu maju, dihormati
dan dibalas dengan balasan yang setimpal didunia dan akhirat.
Buku “dinar dan dirham – menepati keperluan zaman” karangan
Profesor Dr. Zuhaimy Ismail telah membentangkan empat hal utama. Pertamanya mengenai riba, riba yang
terkandung dalam sistem wang kertas lantas ianya haram, keduanya mengenai
mengenali musuh manusia dalam zaman monden ini yang dinamakan kapitalis dan
demokrasi peradaban barat, ketiganya adalah
cadangan penyelesian untuk umat Islam kembali kepada dinar dan dirham, wang
syariah umat Islam dan menjawab beberapa isu semasa mengenai dinar dan dirham
seperti isu pendidikan, isu salah faham ulama dan cendikiawan, isu ukuran
timbangan dan isu kepimpinan.
Buku ini menarik untuk dibaca bukan hanya kerana maklumat
mengenai dinar dan dirham, tetapi juga pencerahan mengapa dinar dan dirham ini
diperlukan dalam zaman ini. Besesuaian
dengan tajuk yang diberikan, buku ini sangatlah berguna untuk masyarakat Islam
khasnya dan masyarakat lain untuk pertamanya mengenali wang dinar dan dirham,
keduanya mengapa perlu dinar dan dirham digunakan, ketiganya mengapa wang
kertas itu dikatakan mengandungi riba, keempatnya mengenali musuh yang dibawa
oleh sistem kapitalis dan juga penggunaan sistem demokrasi dalam memilih
pemimpin. Sistem demokrasi jika tidak
terpimpin boleh membawa kepada perpecahan ummah, menghilangkan sifat hormat
menghormati antara kita. Kelimanya, buku
ini dapat memberi pencerahan tentang beberapa salah faham mengenai dinar dan
dirham.
Sepertimana yang pernah saya sarankan kepada seluruh rakyat
negeri Johor dalam tahun 2003 di Seminar Dinar di UTM, supaya setiap rumah
memiliki sekurang-kurangnya satu dinar atau satu dirham, dan bagi yang mampu
hendaklah menyimpan sehingga ke 20 dinar atau 600 dirham dan berzakat
dengannya. Oleh itu, usaha dipihak
Majlis Agama dan Jabatan Agama untuk menyediakan kemudahan masyarakat
bermuamalah dengan dinar dan dirham khasnya berhubung dengan pengeluaran zakat
harus dimulakan. Saya yakin, pada suatu
hari nanti umat Islam akan bebas daripada terus bergantung kepada sistem wang
kertas dan menepati apa yang dikatakan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
bahawa,”...satu hari nanti hanya dinar dan dirham sahaja
yang akan digunakan”. Oleh itu, saya
mengharap semua masyarakat sama-sama berusaha membangunkan kembali sistem wang
dinar dan dirham ini dan seterusnya memulakan kembali pengeluaran dan
pengagihan zakat kepada lapan asnaf dengan dinar dan dirham.
Akhir kata, saya ingin mencadangkan diperbanyakkan
penyelidikan, diperbanyakkan bengkel dan kuliah, diperbanyakkan artikel dan
buku sebagai bahan bacaan umum mengenai dinar dan dirham. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Profesor Dr. Zuhaimy Ismail kerana telah berjaya menulis buku ini dan kepada
para pembaca, saya ucapkan selamat membaca dan merasakan banyak manfaat dari
buku ini. Yang paling penting adalah
setelah membaca buku ini, teruslah memiliki dinar dan dirham dan bermuamahlah
dengannya.
No comments:
Post a Comment