Saya ingin mulakan
dengan Selawat Ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. para keluarga dan sahabatnya
Assalamualaikum dan
salam sejahtera kepada semua pembaca. Ucapan salam saya
diiringi dengan doa moha Allah s.w.t. memberi kesihatan yang sempurna, cergas
ceria dan gembira selalu.
Saya ingin memaklumkan satu
berita baik kepada peminat-peminat ilmu berkaitan dengan dinar emas dan dirham
perak, emas dan sistem kewangan dunia semasa bahawa sebuah buku saya yang baru
bertajuk “Dinar Emas dan Dirham Perak – Menepati
Keperluan Zaman”, telah diterbitkan di dalam bentuk buku
fizikal.
Sila ke Ebook untuk melihat maklumat lanjut.
Bagi mereka yang
ingin mempelajari ilmu tentang dinar emas dan dirham perak serta bagaimana
wang syariah ini bertepatan dengan zaman ini, saya cadangkan anda mendapatkan
buku “Kembalinya Dinar Emas dan Dirham
Perak“. Buku ini akan mendedahkan anda kepada pengetahuan bagaimana
mula lahirnya dinar dan dirham ini dalam zaman moden dan seterusnya kepada buku
yang baru ini.
Mengapa anda perlu
mendapatkan ilmu dinar dan dirham melalui buku ini?
Gambar: Buku Dinar Emas dan Dirham Perak Menepati Keperluan Zaman
Setiap umat Islam mesti
tahu akan peranan masing-masing dalam mengambil langkah memerangi riba kerana
Allah s.w.t. dan RasulNya telah mengisytiharkan perang terhadap riba. Untuk menjadi seorang pejuang dalam usaha memerangi
riba dan bersama tentera memerangi riba, buku ini merupakan sumber terbaik.
Buku ini saya hasilkan
berdasarkan kajian dan pengalaman saya di dalam usaha mencari alternatif kepada
sistem kewangan berteraskan riba sejak dari tahun 1992. Hasil pembacaan dan kajian disertakan dengan
pengalaman saya bersama pengusaha dinar dan dirham di England, Sepanyol, Afrika
Selatan dan Eropah membolehkan buku ini ditulis untuk dikongsi bersama.
Penulisan buku ini dalam
bentuk yang sangat mudah untuk dibaca dan difahami. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu itu
perlulah dimulakan dengan langkah pertama iaitu membuat kajian terperinci
mengenai bidang ilmu tersebut. Dalam
soal ini, kita mulakan dengan melihat akan keadaan masyarakat sekeliling kita,
masyarakat Islam dan seterusnya masyarakat dunia terhadap pergantungan mereka
kepada sistem perbankan. Jangan sama
sekali memandang perkara ini sebagai remeh dan mudah serta melepaskan tugas
untuk memahaminya kepada orang lain.
Sesungguhnya keadaan kita tidak akan berubah jika kita tidak mengubahnya
sendiri.
Jangan sesekali takut
kepada selain daripada Allah s.w.t. Dengan sistem pendidikan yang ada sekarang
ini, umat manusia diajak untuk melupakan Allah s.w.t. dan meletakkan
kebergantungan kita kepada selain daripada Allah. Buku ini akan menghuraikan
bagaimana umat manusia bergantung kepada sistem kufar dalam pemilihan
kepimpinan, kebergantungan kepada sistem perbankan dan di kawal oleh sistem
pemikiran yang membawa kepada perhambaan selain daripada Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment