Wang
ditakrifkan sebagai apa-apa sahaja yang mempunyai nilai intrinsik yang
digunakan sebagai medium pertukaran. Orang pernah bertukar secara “barter” untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan sebelum adanya apa yang
dikatakan medium pertukaran.
Asasnya adalah seperti berikut – katalah dua individu
masing-masing memiliki komoditi yang berbeza yang mahu atau yang saling
memerlukan. Mereka akan membuat satu “perjanjian”
perdagangan barangan mereka. Ini membentuk
pertukaran “barter trading” bagaimanapun, kaedah ini tidak memberikan apa yang
dikehendai atau menggantikan serta boleh bahagi perkhidmatan dan ini membuatkan
perdagangan ini tidak cekap. Sebagai
contoh, jika anda mempunyai seekor lembu tetapi memerlukan pisang, anda perlu
mencari seseorang yang bukan sahaja mempunyai pisang tetapi juga memerlukan
kepada daging lembu atau seekor lembu. Walaupun kita berjaya mendapatkan
seseorang yang mempunyai keperluan untuk daging tetapi dia pula tidak ada pisang
tetapi hanya boleh menwarkan jagung sahaja.
Oleh itu, jika seseorang mahu mendapatkan daging, dia mesti mencari
seseorang yang mempunyai pisang dan mahu daging lembu.
Kekurangan kemampuan menjalankan aktiviti perdagangan melalui pertukaran
barangan untuk mendapatkan barangan lain seperti contoh yang diberikan, memenatkan,
mengelirukan dan tidak cekap. Tetapi dalam keadaan terpaksa dahulunya, perkara
ini telah berlaku. Kemudiannya manusia
menggunakan komoditi sebagai wang iaitu komoditi yang mempunyai permintaan yang
tinggi, komoditi yang bernilai dan berharga, tahan lama, mudah alih dan mudah disimpan
serta tidak mudah rosak.
Satu lagi contoh wang komoditi adalah emas. Kerajaan Amerika kemudiannya menggantikan
komoditi emas dengan disandarkan kepada nota janji yang diperbuat daripada
kertas. Pemilik nota janji ini kemudian menggunakan
surat tersebut untuk mendapatkan kembali emas yang disandarkan atau menukarkan
kertas nota untuk mendapatkan barang lain.
Sejak tahun 1971, wang kertas dolar Amerika tidak lagi disokong oleh
emas. Kerajaan asing tidak dapat lagi mengembalikan mata wang kertas Amerika
Syarikat untuk mereka menukar kembali kepada emas yang disimpan sebagai Rizab
Persekutuan Amerika Syarikat.
Sekarang kita boleh renungkan apa itu wang dan apa hubungan wang
dan emas. Emas itu bernilai kerana emas
ada gunanya dan ada permintaan. Emas
mempunyai sifat seperti tahan lasak, boleh bahagi, mudah alih dan tidak kurng
nilai apabila berubah tempat dan masa.
Walaupun emas bukan barang yang boleh kita makan, atau memanaskan badan
bila kita sejuk tetapi kita semua tahu dan berpendapat bahawa emas itu
cantik. Emas adalah logam yang kita rasa
boleh bertahan nilai dan terus boleh percaya akan terus berharga. Jika manusia
diberi kebebasan untuk memilih sesuatu benda sebagai wang, mereka akan pilih
emas.
1 comment:
Excellent. The link to your blog has been posted to the management of Madrasah al-Djauhariah in Garut, West Java, Indonesia.
Please elaborate more abour currency. Next time, better you write in 2 languages; Melalu & English.
May Allah bless you.
Post a Comment