About Me

My photo
A 10 acre plot of land is currently been cultivated using the principle of regeneration farming. It is called The Pena Agrofarm. It has a Zawiyah/madrasah and over 500 ducks, deer, goat, ostrich, peacork, pigeons and coconuts and sacha inchi

Wednesday, August 4, 2010

Persedian Menghadapi Kemusnahan Sistem Demokrasi dan Kewangan Dunia

Pengenalan

Segala pujian itu hanyalah kepada Allah s.w.t. Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita yang paling mulia diantara semua kejadian Rasulullah s.a.w. berserta ahlul-bait dan para sahabah baginda, para awliya, para shuyukh dan solehun.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengajur majlis kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai isu yang sama-sama kita rasai dan cuba mencari jalan keluar dari kemelut yang tidak Nampak ada kesudahannya.

Kita kini berada dizaman dimana manusia sedang menghadapi masalah ‘nilai’ dan ‘penilaian’. Kita kini sedang berada disebuah dunia yang penuh dengan kekayaan yang dicipta pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh datuk nenek kita dahulu, malah oleh generasi sebelum nenek dan moyang kita. Kita kini berada dizaman kejayaan sains dan teknologi dengan hasilnya seperti teknolgi komunikasi internet dan komunikasi dan juga sain genetic yang diaplikasikan hampir disemua aspek penghidupan. Kekayaan yang dijana sekarang ini berasaskan kepada sistem nilai yang ada boleh membeli sepuluh kali dunia dan jumlah kekayaan ini terus berkembang tanpa ada tanda hentinya. Sistem nilai ini berteraskan sistem kapitalisme dan inilah satu-satunya kejayaan sistem kapitalisme. Sistem kapitalisme telah berjaya membawa manusia mencapai tahap kemajuan yang begitu tinggi dan telah sebati dengan pandangan masyarakat bahawa sistem kapitalisme adalah sebuah sistem yang sempurna, yang tidak perlu di ubah atau diganti.

Pemandangan mata kasar menunjukkan buat pertama kali dalam sejarah, sistem kapitalisme telah mampu memenuhi keperluan insan didunia ini. Walau bagimanapun, ramai yang lupa, remai yang mempunyai mata tetapi tidak melihat bahawa kapitilisme ini juga telah melahirkan ratusan juta manusia mengalami kebuluran, ratusan juta manusia masih mengalami penyakit walaupun mudah dicegah, kehidupan ratusan juta manusia masih dibendung oleh kemiskinan. Masyarakat kapitalis sekarang ini masih dikuasai oleh ketidak-samarataan dan ketidak-adilan, sambil kehidupan kita semua diancam oleh krisis ekonomi dan konflik bersenjata.

Dalam kertas ini, kita akan membuat sedikit perbincangan kritis mengenai sistem demokrasi, sistem kapitalisme dan menjalin hubungan antara kedua sistem ini. Kita akan bincangkan juga mengenai persediaan umat Nusantara dalam menghadapi kepastian kehancuran kedua sistem ini dari aspek kepimpinan dan aspek muamalat mengembalikan dinar dan dirham. Akhirnya akan diberikan sedikit perkembangan usaha mengembali kekuatan ummah dan cadangan tindakan yang boleh diambil.

Sistem Demokrasi dan Kapitalisme

Sistem demokrasi sering dikaitkan dengan sistem pemilihan kepimpinan atau proses mendapat sesuatu keputusan yang mengharapkan pendapat dan persetujuan ramai atau majoriti. Menurut takrifan umum, ‘demokrasi’ boleh diistilahkan sebagai sebuah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat. Inilah fahaman umum yang diketengahkan untuk difahami oleh rakyat diseluruh dunia tentang sistem demokrasi. Sesungguhnya takrifan ini sangat ‘cantik’ lagi ‘manis’, yang membawa kepada harapan yang tinggi kepada pemimin yang dipilih. Yang kurang jelas diperkatakan disebalik kepimpinan ini adalah kuasa dan tanggungjawab. Kita semua harus tahu bahawa demokrasi itu membawa bersamanya ‘kuasa’ dan ‘kekuasaan’ atau pengolahan serta pengurusan kuasa. Oleh itu disebalik pemilihan kepimpinan demokrasi ini turut bersamanya ialah tanggungjawab terhadap perolahan kuasa mengikut prosedur dan peraturan yang telah dibangunkan, seterusnya pengurusan kuasa mengikut peradaban yang mengutamakan kesusilaan manusia.

Menurut Wikipedia, pengamal demokrasi perlulah memahami secara sebenar hak-hak yang mereka miliki agar semua orang mengikuti sistem ini dan tidak ada pula sesiapapun yang berusaha untuk tidak menghormati sistem demokrasi ini atau melanggar hak-hak kebebasan bersuara ini. Melalui sistem demokrasi ini seolah-olah mempunyai dasar memberi rakyat suara untuk turut serta dalam mengatur pemerintahan dalam sesebuah negara kerana demokrasi berdasarkan kepada suara terbanyak. Berasaskan kepada suara terbanyak ini, sistem demokrasi telah diserapkan kedalam sistem kehakiman di Amerika Syarikat dan dibeberapa pemerintahan sistem demokrasi lain dengan menggunakan keputusan juri secara mejoriti membolehkan seseorang itu didapati bersalah atau tidak. Yang sangat menghairankan kita adalah bagaimana rakyat biasa yang tidak ada ilmu perundangan, atau mengerti erti keadilan boleh dipilh sebagai juri untuk membuat keputusan mengenai sesuatu kes pembicaraan.

Begitu banyak filem keluaran Hollywood mengenai sistem kehakiman Amerika Syarikat, bagaimana seseorang yang bersalah dilepaskan sebaliknya orang yang tidak berdosa dipenjarakan. Berapa ramai orang yang terseksa hidup dipenjara kemudiannya dilepaskan kerana bukti yang timbul setelah 30 tahun menunjukkan bahawa dia tidak bersalah. Berasaskan kepada sistem demokrasi ini wujudlah apa yang dipelupori sekarang iaitu kebebasan bersuara, kebebasan untuk melakukan hubungan seks sesama jantina (gay dan Lesbian), kebebasan mengeluarkan pendapat, toleransi, kebebasan beragama dan banyak lagi. Semua ini mempunyai asas kukuh tersirat dalam sistem demokrasi yang ditaja Amerika Syarikat dan koncu-koncunya.

Walau bagimanapun tidak ramai yang sedar bahawa sistem demokrasi ini sebenarnya bertujuan memperoleh kuasa dan seterusnya kebebasan untuk mengamalkan sistem kapitilisme. Tidak ramai yang dapat mengaitkan demokrasi dengan kapitilisme ini kerana ia adalah dua alam yang berbeza. Sistem Kapitalisme ini mula dipelupori oleh Karl Marx dan beliau ada menulis mengenai pekerja dan menyatakan, “Wujudnya modal (capital) adalah penentu kewujudannya (pekerja), kehidupannya, kerana modal penentu kehidupan dan tanpa modal kehidupan tidak dapat dipedulikan”. Dengan kata lain para pekerja tidak ada pilihan selain terus mesti bersedia untuk bekerja atau bersedia untuk mengalami kemiskinan. Inilah maksud sistem kapitilisme suatu sistem yang menjaminkan kemiskinan dan kemiskinan itu menjadi sebahagian daripada kapitilisme. Seterusnya Marx menulis:

"… pekerja hanya merasai kewujudan dirinya apabila tidak bekerja; apabila dia bekerja, dia tidak merasai dirinya. Dia berasa selesa apabila tidak bekerja, dan bukannya di rumah apabila dia bekerja. Maka usahanya bukan secara sukarela tetapi dipaksa, ia adalah tenaga pekerja dipaksa. Maka, ia bukan kepuasaan sesuatu keperluan, tetapi hanya cara untuk memuaskan keperluan tersebut secara asing daripadanya. Sifat asingnya ditunjukkan dengan jelas oleh fakta bahawa sesudah apa-apa fizikal atau pemaksaan lain wujud, ia dipulaukan seperti wabak sesuatu penyakit."

Sekali lagi dikatakan bahawa demokrasi itu adalah proses dimana kita telah terancang untuk mengamalkan kapitilisme. Kapitilisme dan demokrasi ini ibarat sebuah kereta kuda, kudanya adalah sistem demokrasi yang mengerakan kereta iaitu kapitalisme dan ianya diikat dengan tali yang kuat dan disokong oleh palang kayu dibelakang kuda bagi memastikan tidak terlepas dari ikatan tali yang rapoh. Kayu yang diikat dileher kuda boleh dibaratkan undang-undang yang memastikan jalinan antara demokrasi dan kapitalisme kukuh untuk kekal mempertahankan kuasa.

Sesungguhnya demokrasi itu adalah suatu halusinasi konsensus yang mahukan kepada keadilan. Berselindung disebalik keinginan rakyat kepada keadilan inilah, sistem kapitalisme telah mengeksploitasi manusia. Manipulasi ini diserap kedalam sistem pemerintahan berpelembagaan dan kita dapati perlembagaan negara seperti Malaysia dan juga Indonesia, demokrasi dipromosikan supaya setiap rakyat diberi kebebasan untuk hidup, mencari rezeki dan mengamalkan agama masing-masing. Pemerintah sentiasa mengharapkan kepada suasana keamanan di dalam negara untuk memastikan aktiviti ekonomi berteraskan kapitalisme dapat berjalan lancar.

Malangnya rakyat tidak diberi kebenaran untuk mencetak wang kertas mereka sendiri. Rakyat juga tidak dibenarkan untuk mengundi wang kertas mana yang patut dipilih dan mendapat keputusan majoriti wang kertas yang mereka sukai. Rakyat juga tidak dibenarkan untuk mengundi institusi mana yang boleh mencetak wang kertas mereka. Rakyat juga tidak dibenarkan mendapatkan konsensus dalam menentukan nilai nombor yang tercetak pada wang kertas. Sedangkan wang adalah perkara utama dalam setiap penghidupan mereka sebagai rakyat. Jadi, apakah erti semua ini?

Setelah pemimpin dipilih, rakyat sudah tidak relevan lagi. Pemimpin akan sibuk menyediakan nota perbahasan mereka didewan senat atau parlimen. Perhatikan tingkahlaku mereka di Parlimen atau di Senat atau di Dewan Persidangan himpunan pemimpin. Mereka bertelagah dan bertikam lidah di dewan tanpa ada batasan peradaban yang diizinkan agama. Mereka mahu seolah-olah menampakkan diri mereka jaguh dimata rakyat. Dalam keadaan bertikam lidah sesuatu keputusan yang dibahas seterusnya diimplementasikan untuk kepentingan rakyat. Hasilnya jelas dapat dilihat sendiri daripada tindakan dan polisi yang dikeluarkan, masalah rakyat yang timbul tidak pernah dapat diselesaikan sepenuhnya kerana mereka hanya akan melihat kepada simptom masalah rakyat dan menutupi punca masalah yang sebenarnya supaya mereka seterusnya boleh mengulangi dan mendekati masalah yang sama. Setelah tamat pertelingkahan dan memaki hamun didewan, mereka keluar bersama ke kantin di parlimen atau di dewan senat untuk duduk semeja sambil minum kopi dengan gelak ketawa. Tetapi keadaan diluar dewan ini tidak diketahui rakyat Itulah keadaan sistem demokrasi barat dan sudah banyak ditiru oleh negara di Nusantara ini.

Sistem demokrasi yang diamalkan sekarang ini memerlukan satu proses pemilihan yang dilakukan setiap beberapa tahun. Setiap empat atau lima tahun negara yang mengamalkan sistem ini akan menyerahkan kuasa memilih pemimpin kepada rakyat. Setiap kali pilihanraya, rakyat dipujuk untuk memilih pemimpin yang dirasakan boleh memenuhi cita-cita dan keperluan mereka. Rakyat yang tidak tahu menahu tentang kepimpinan, tidak mahir membezakan yang baik dan yang kurang baik, rakyat petani, rakyat buruh kasar, pemandu teksi termasuk yang buta dan pekak telah diminta untuk menentukan siapa yang layak untuk memimpin negara. Dalam pilihanraya parti politik terpaksa mengeluarkan begitu banyak wang untuk menangung kos berkempen memujuk rakyat menyokong mereka. Dalam proses kempen pilihanraya, didapati berlakunya politik wang, rasuah, beli undi dan sebagainya yang berlaku secara terang-terangan dan secara tersembunyi.

Perhatikan berapa banyak wang diperlukan oleh sesebuah parti politik untuk menang dalam pilihanraya. Bayangkan sejumlah wang yang sekian banyak itu digunakan untuk membangunkan negara atau membangunkan program menghapus kemiskinan. Tetapi semua ini tidak pernah terfikir oleh para pemimpin. Seinario perjalanan sistem demokrasi ini serupa (walaupun tidak sama) di seluruh dunia. Sebenarnya ramai rakyat sedar akan banyaknya keburukan yang ada dalam sistem pemilihan pemimpin melalui sistem demokrasi ini, malangnya seluruh dunia kini dipaksa untuk menerima sistem pemerintahan demokrasi, seolah-olah tidak ada lagi sistem pemerintahan yang lebih baik daripada sistem demokrasi. Masyarakat sebenarnya tidak mengerti sistem demokrasi ini. Masyarakat cuma tahu demokrasi pada tahap pemilihan pemimpin setiap lima tahun. Soalan mengapa 5 tahun ini tidak ada siapa boleh memberi jawapan tepat, yang pasti hanyalah setelah lima tahun wang rakyat dan negara telah habis dibelanjakan oleh ahli politik dan mereka memerlukan mandat baru untuk terus menghakis kekayaan negara!

Sebab itulah sebaik sahaja selesai sesuatu proses pemilihan pemimpin, pemerintah dengan pantas melaksanakan apa yang dijanjikan semasa pilihanraya. Kebanyakan janji yang dikemukakan adalah pembangunan dan ini sangat berkait rapat dengan sistem kapitalisme. Para pemimpin akan sibuk untuk mendapatkan projek pembangunan dan mengumpul sebanyak mungkin wang untuk membayar kembali wang dipinjamkan untuk berkempen dalam pilihanraya. Setelah selesai dua tahun memimpin, mereka kemudianya akan sibuk pula mencari projek untuk mengumpul wang sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang atau mengumpul sebanyak harta kerana takut peluang dicalonkan tidak kesampaian dimasa hadapan. Apa yang dibicarakan disini tidak merujuk kepada apa yang berlaku di Malaysia atau di Indonesia tetapi merujuk kepada sistem yang diamalkan diseluruh dunia. Obama (Amerika), Ahmedadnijad (Iran), Mubaraq (Mesir), Taksin (Thailand) perlu mengumpul jutaan dolar Amerika untuk berkempen, di Eropah dan di Australia perkara yang sama berlaku. Selagi sistem demokrasi yang tidak terpimpin ini dilakukan, hasil yang sama tetap akan diperolehi. Manipulasi, penipuan, rasuah dan aib mengaibkan antara satu sama lain terus berlaku.
Sebenarnya sistem demokrasi amalan dunia sekarang ini sejarahnya datang daripada Greek purba. Aristotle ketika itu telah mengilhamkan bahawa demokrasi Greek ini harus dibatasai oleh satu sempadan secara fizikal. Sempadan ini pula mestilah berupaya untuk menjana ekonominya sendiri dan tidak terlalu besar sehinggakan masyarakat tidak boleh berkumpul. Berasaskan sistem demokrasi ala Eropah dan Greek ini, maka terbentuklah apa yang diamalkan sekarang ini dengan disertakan elemen eksploitasi dan manipulasi sebagai ramuan utamanya. Melalui keperlembagaan moden ini timbullah apa yang dikatakan nasionalisme dan demokrasi moden seterusnya terbentuknya apa yang dinamakan ’nation state’. Setiap negara akan membangunkan perlembagaan negara masing-masing oleh penduduk yang tinggal dalam kawasan pemerintahan negara tersebut.

Jika dikaji mengenai sistem demokrasi Greek ini, kita dapati ianya berasaskan kepada pemilihan pemimpin dari bawah. Iaitu seseorang pemimpin itu dipilih oleh orang kebanyakan yang tidak mengerti tentang kepimpinan dan pemerintahan. Setiap cawangan memilih pemimpin untuk mewakili mereka ke peringkat bahagian. Cuba perhatikan, seseorang itu boleh melantik orang lain untuk mewakili dirinya kerana kuasa yang ada pada individu itu boleh dipindahkan secara bebas dari seorang kepada seorang yang lain. Dalam sistem ini kita dapati orang yang dipilih oleh sekumpulan orang tadi terpaksa menyerahkan kuasa yang diperolehi tadi kepada sekumpulan manusia yang lain. Sekumpulan manusia yang lain ini kemudiannya pula akan pasti menyerahkan kuasa yang terkumpul dari bawah tadi kepada satu kumpulan dalaman yang akhirnya kita dapati kuasa tersebut akan menjadi milik salah seorang dari dalam kumpulan ahli tersebut. Sistem pemilihan atau alat yang direka untuk membuat keputusan beramai-ramai akhirnya menjadi kuasa mutlak satu-satu individu sahaja. Inilah sistem yang sangat dikehendaki oleh kapitalis kerana dengan mudah boleh menaja seseorang individu untuk membolehkan mereka terus menguasai manusia.

Sedangkan kita tahu bahawa kuasa untuk memerintah ialah hak sebuah kumpulan dalaman (the inner circle) tetapi ia harus diserahkan kepada seorang individu sahaja. Pemimpin yang terdahulu boleh melantik pemimpin baru untuk menggantinya. Pemimpin itu kemudiannya boleh membentuk syura untuk menentukan pemimpin yang akan menggantikannya. Seseorang pemimpin boleh menuntut kuasanya secara pengiktirafan dan umat Islam mesti mengerti bahawa kuasa sebenarnya tidak berasal dari bawah, ianya mesti datang dari atas. Sistem kufar melupakan kita bahawa kuasa itu milik Allah s.w.t. Kesan kealpaan bahawa kuasa itu datangnya daripada Allahlah, kita dapati perbuatan politik wang, rasuah, pecah amanah berleluasa sekarang ini.

Seterusnya, cuba perhatikan situasi dalam negara yang dinamakan ’national democratic state’ yang kononnya akan menjamin ’hak keistimewaan dan kebebasan penduduknya’. Masyarakat diberi kebebasan untuk memilih pemimpin dan tidak kepada yang lain. Masyarakat tidak diberi kebebasan untuk memilih wang yang boleh diterima sesama sendiri. Masyarakat tidak diberi kebebasan untuk menentukan undang-undang yang menyusahkan mereka sendiri. Rakyat Amerika tidak ada kebebasan untuk memilih untuk tidak berperang dengan Iraq. Pungutan suara diambil setelah Amerika Syarikat menyerang Iraq. Statistik yang di kumpul menunjukkan bahawa rakyat Amerika menyokong peperangan sedangkan kaedah pensampelan data tidak pernah diceritakan kepada rakyat.

Ini selari dengan takrifan istilah ’kafir’, iaitu menutup kebenaran. Dalam sistem demokrasi penuh dengan sifat kekufuran, orang yang melakukan penyelewengan dengan mudah ditutupi, kebenaran ditutupi dan diganti dengan sesuatu yang boleh mengaburi mata rakyat. Jika menutupi kebenaran ini dilakukan oleh orang Islam sendiri, dia telah menghidupkan kekufaran dalam dirinya sendiri. Oleh itu, para pemimpin harus waspada dan sentiasa sedar akan tanggungjawab kita untuk menegakkan kebenaran dan mendedahkan kebenaran dan bukan sebaliknya. Umat Islam boleh mempelajari apa itu demokrasi yang dipromosikan oleh Amerika Syarikat dengan melihat kepada amalan pemilihan pemimpin mereka. Perhatikan tingkah laku mereka, iaitu calon-calon presiden. Kita perhatikan setiap calon memburuk-burukkan antara satu sama lain, memperlekeh, menghina dan mengaibkan yang lain dikhalayat ramai.

Inilah yang ditakrifkan keterbukaan dan bagi mereka suatu kebaikan. Keburukan seseorang yang berlaku puluhan tahun yang lalu dibongkar dan didedahkan kepada umum. Inilah demokrasi yang dipromosikan oleh Amerika supaya seluruh dunia ikut. Inilah yang mereka takrifkan amalan demokrasi, dan inilah yang sangat diinginkan untuk banyak negara Islam amalkan. Tulisan Profesor Madya Dr Hassan dalam kolum Berita Harian mengenai amalan politik wang dalam pilihanraya Amerika Syarikat bukan suatu yang ganjil. Setiap kali pilihanraya kita dapati terdapat salah laku seperti penipuan, politik wang, ugutan, rasuah dan sebagainya. Ini adalah sifat yang terdapat pada sistem yang dibawa oleh mereka malah ini telah menjadi sebahagian daripada demokrasi. Sebab itulah apabila ada sahaja pemilihan berparti yang diamalkan, perkara yang dinyatakan di atas berlaku, malah berlaku dimana-mana tidak terkecuali di negara dirantau ini. Tahukah kita bahawa sistem demokrasi barat ini merupakan sebahagian daripada sistem kapitalisme?

Demokrasi dan kapitalisme adalah saling berkait dan amat serasi. Sebab itulah seseorang yang mahu dipilih sebagai pepimpin dalam sistem demokrasi memerlukan sumber kapital yang banyak. Perhatikan bahawa setiap bakal presiden mestilah mempunyai sumber kewangan yang sangat kukuh atau kita katakan mereka ini mesti mempunyai penyokong yang mempunyai kapital. Presiden Bush mempunyai penyokong politik yang terdiri daripada mereka yang ada kepentingan dalam industri minyak dan persenjataan. Begitu juga dengan John Kerry yang mempunyai sokongan yang begitu kuat oleh kumpulan pelobi Yahudi. Isteri John Kerry sendiri sebelum pemilihan dijalankan telah mengumumkan bahawa beliau telah menjelaskan cukai pendapatan melebihi USD3.5 juta. Setiap parti Republikan dan Demokrat masing-masing memerlukan ratusan juta untuk mengadakan pilihanraya dan ini berlaku setiap beberapa tahun.

Pertukaran pemimpin tidak sedikit pun mengubah keadaan dan kedudukan negara tersebut. Kita boleh katakan kedua-dua calon presiden AS adalah seseorang yang didokong oleh kumpulan pelobi Yahudi yang menguasai sebahagian besar sistem kewangan negara tersebut. Sebab itulah diawal lagi kita katakan walau apa juga keputusan pilihanraya Amerika Syarikat, dunia tidak akan melihat banyak perubahan kepada polisi dan tindak tanduk Amerika. Perhatikan terhadap apa yang berlaku di negara Iraq yang tidak mendapat simpati dari mana-mana pihak setelah diserang oleh Amerika Syarikat. Tukar ganti pemimpin negara Amerika Syarikat telah berlaku tetapi kita dapati tidak sedikitpun perasaan simpati terhadap negara ini daripada kuasa super dunia ini dan koncu-koncunya.

Dunia barat sangat berkehendakkan sistem demokrasi diamalkan di seluruh dunia, walaupun mereka tahu bahawa terdapat banyak lagi sistem pemerintahan yang berfungsi jauh lebih baik daripada sistem demokrasi. Matlamat mereka adalah supaya kumpulan kapitalis dengan mudah boleh membeli calon yang mereka kehendaki dan seterusnnya dapat menguasai perniagaan, perdagangan dan kekayaan sesebuah negara tersebut. Semua kita tahu bakal presiden Afghanistan ditaja oleh Amerika Syarikat, calon Presiden Iraq yang menang dalam pilihan raya yang diundi oleh 29% daripada rakyat Iraq juga ditaja oleh Amerika Syarikat dengan bantuan kewangan oleh koncu-koncu sistem kapitalisme.

Pemimpin yang ditaja kemudiannya memastikan melakukan pembangunan kepada negaranya dengan membuat pinjaman yang banyak daripada Bank Dunia atau IMF dan memastikan pemimpin ini terus menjelaskan hutang negara. Inilah yang dikatakan hutang negara. Perhatikan apa yang berlaku kepada negara Greece yang terpaksa menanggung hutang setelah menganjurkan sukan bertaraf dunia yang dibebankan dengan hutang pembangunan infratruktur. Ini diikuti oleh Spanyol dan Portugal. Kitaran ini terus berlaku dan yang menjadi mangsa adalah rakyat jelata dan pemimpin hanya pandai menunding jari kepada orang lain.

Projek dan pembangunan ini pula memberi justifikasi kepada rakyat bahawa cukai mesti dipungut dan dipungut setiap tahun. Bagi memastikan perbelanjaan ini berjalan lancer, bajet tahunan dikemukakan sekali lagi menjustifikasikan bahawa negara memerlukan wang untuk membayar itu dan ini. Oleh itu, rakyat dipaksa untuk menanggungnya melalui percukaian dan perundangan. Sering kali juga dalam mengumumkan budget, gaji pekerja dinaikkan sebagai umpan untuk masyarakat menerima baget yang dibentangkan tanpa disedari kenaikan gaji yang dibayar 5% diambil kembali melalui kenaikan harga barang. Negara yang meminjam untuk menampung projek pembangunan akan dikenakan faedah setiap tahun sehinggakan negara ini tidak mampu untuk menjelaskan hutangnya. Penyakit ini dialami oleh seluruh dunia yang dinamakan negara demokrasi yang megikut aliran pemikiran barat. Hutang ini mesti dibayar dengan komodoti dan kekayaan negara itu. Seterusnya mereka membuka stok saham dan matawang negara diperniagakan. Dengan jumlah wang yang banyak, mereka dengan mudah memanipulasi matawang negara yang dikatakan merdeka tadi untuk terus bergantung kepada mereka. Penguasaan kapitalis tidak terikat kepada agama Islam sehaja tetapi terhadap seluruh umat manusia.

Jadi yang jelas adalah kita dapati musuh utama umat Islam sekarang adalah kapitalisme yang bukan sahaja merosakkan fitrah manusia sejagat malah merosakkan agama kita. Malangnya banyak sekali negara-negara Islam telah mengikuti dan mempertahankan sistem yang diamalkan malah ada yang mahu mengikutnya seratus peratus. Negara Islam mengambil langkah ini kerana desakan kuasa barat dengan tekanan dalam pelbagai bentuk. Umat Islam di Nusantara mesti mempartahankan kedaulatan negara dan tidak terlalu terikut-ikut dengan apa yang dibawa oleh sistem kufar barat. Sistem kufar telah banyak menguasai jiwa umat Islam malah telah membawa umat Islam kepada satu tahap menjadikan umat yang lupa kepada Tuhan. Umat Islam dilupakan bagaimana pemilihan pemimpin yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

....bersambung

2 comments:

wanaini said...

May it be an eye opener to the massess especially the MUslims............Ameen3x

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu